sarawakian dessert | kuih bongkol

Monday, 20 June 2016

Assalamualaikum
macam cepat sangat la bulan ramadhan nie berlalu. ke aku je rasa macam tu? dalam bulan ramadhan nie la paling banyak tempat jual makanan. sampai aku rasa bulan ramadhan nie bulan beramal ke bulan pesta makanan? HAHAHHA. alhamdulillah, setakat ramadhan kali nie aku belum jejak lagi mana2 bazar ramadhan. cuma pergi kat market biasa la. bapak aku la yang rajin beli kuih2 ngan peniaga tepi jalan. 

dan kuih yang memang famous bagi sarawakian apatah lagi bulan puasa nie adalah kuih bongkol (aku baru google nama dia sebab kami sekeluarga sebut nie kuih bungko. hampir sama la kan?)

sekarang kuih nie mahal dalam 50sen seketul. memang bapak aku rajin beli tiap hari. kalau takdak sehari memang tertanya jugak. 

memang cara bungkus kuih nie sama je style dia. guna daun pisang kalau taksilap. 

yummehhh. nie la dia rupa kuih bongkol. yang bahagian putih tu dimakan dengan kuah yang macam gula apong cair (gula apong tu gula melaka, kat sarawak gelar gulang apong)

sedap nie. sebab yang putih tu macam takdak rasa sangat. so bila makan dengan gula apong cair. perghh. sedap. paling best kuih bongkol yang ada banyak gula apong cair tu. hahahha

kalau kat sarawak nama kuih nie kuih bongkol. rasanya ada jugak kawasan kat malaysia ada kuih nie tapi dengan nama yang berbeza.

faveret dessert masa bulan ramadhan korang lak macam mana? ke takdak? :D

p/s : autopublish, sorry kalau buat terliuq bagi sesiapa baca masa tengah hari XD

sekian,
ilal liqa'



16 comments

  1. nyaman tok! kmk suka mun gulapong nya banyak. mun makan time sejok lagi perghhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. ng nyaman tk. kmk pun suka mun gulapong nya banyak. ya best hehehhee

      Delete
  2. nampak gula apong rindunyaaaa nak makan ais krip gula apong T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh. makan la bila ada masa. sedap jugak aiskrim gula apong nie :D

      Delete
  3. yap, memang sedap kuih ni. ahh.. lapar lah pulak. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe kan. memang sedap sebab manis gula apong tu :D

      Delete
  4. yang putih tu mcm kuih pelita pulak :D kat sini rasa macam susah je nk jumpa kuih bongkol ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hampir sama dengan kuih pelita kot. takpasti lak. hahahhaa

      Delete
  5. Okay tak pernah dengar dan tak pernah makan lagi hahaha

    ReplyDelete
  6. wahh apesal saya tak pernah dengar ehh ahaha, thnks beritau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. carilah, memang ada kalau kat kawasan sarawak. hehheehehe u welcome :)

      Delete
  7. gula apong memang nyummylicious! Hazy suka makan kuih tepung pelita! rasa tak lengkap ramadhan tanpa kuih tepung pelita. eh. (obviously bulan pesta makanan). sekarang kuih tepung pelita pun dah mahal. kekadag 5 dua ringgan. la ni jumpa 6 tiga ringgit. maksudnya 50 sen. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, hampir sama dengan kuih pelita. cuma kuih pelita bekas dia comel sikit. hahahhaa. mahal betul makanan sekarang kan? T^T

      Delete
  8. nang nyaman! mun kmk sikda kuih favorite asalkan nyaman jak dah hahaha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!