Assalamualaikum
aku nak review novel lagi. novel indie terbitan FIXI. semenjak cuti nie. makin rajin pulak baca buku walaupun sebenarnya tidur je banyak. hahhahaha. k
aku rasa, bagi yang meminati buku terbitan FIXI, mesti kenal dengan novel KELABU nie, since nie antara novel yang hangat diperkatakan dan kira hot seller jugak la antara buku2 FIXI yang lainnya. nie buku kedua karya Nadia Khan aku baca. buku first aku baca GANTUNG.
buku fixi : KELABU by Nadia Khan
sinopsis belakang buku
lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang di tengah-tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.
review by BudakVanilla (spoiler alert)
mengisahkan tentang Amir yang hidup dalam dunia kelabu. tu metafora je. Amir tu photographer. Jun datang dalam hidup Amir masa Amir sedang berusaha move on dari kisah lama Suhani. Amir ada bestfriend bernama Syah, dan Amir ada ayah yang memahami dunia kelabu Amir iaitu Dato' Rizwan. mama Amir lama dah tinggalkan Amir dan Dato' Rizwan serta dah ada keluarga baru di German. Kisah bermula bila Jun menawarkan Amir untuk menjadi 'boyfriend'nya untuk menjeleskan Jaha (si boyfriend Jun). Amir setuju konon sebab Jun si gadis cantik dan dia dan Jun pun fallin love with each other.
Bagi aku si Amir nie memang ada aura yang faham sangat perangai perempuan dan ayat serta perbuatan dia memikat hati perempuan. ok, nie spoiler teramat, pada tengah2 novel baru kau sedar yang Amir tu adalah Amira si pengkid player. ye la, dah syok2 kau baca pasal Amir yang hensem dan bergaya dan memahami perasaan sang wanitas dan rasa macam nak tangkap cintan je dengan si Amir nie tadi, tetiba kau tahu dia sebenarnya perempuan (lagi2 aku yang baca nie seorang perempuan) ada rasa euwww sedikit disitu. (macam the heck, aku dipsiko oleh penulis hidup2. hahahha, sebab aku dah cipta la macam mana watak Amir versi lelaki tulen dalam pala hotak aku, tetiba dah tengah cerita kena tukar jadi perempuan lak. HAHAHHAHAH)
bagi aku la kan, plot cerita nie digarap cantik dan unik oleh si penulis bagi nak memahami perasaan si pengkid iaitu Amir, dan sebab2 kenapa Amira jadi Amir. dan paling best, si Shah (lelaki tulen fuhh) nie lak memang dah tangkap leleh dengan Amir sebab (ada la sebab dia, nak tau baca sendiri). ada la beberapa konflik terjadi di antara watak Amir, Shah, Jun, Maya, Jaha, Dato' Rizwan dan sebagainya bagi saspen sikit. tetiba Amir macam dah tersedar dari dunia kelabunya sebab (sila baca sendiri buku dia kalau naktau sebab) hahahhahaha. point penting aku share spoiler dan point penting jugak korang mesti baca sendiri bagi nak kasi feel. dan Amir pun nak berubah balik asal usul kejadian Tuhan jadikan dia sebagai perempuan. the ending quite satisfying la for me, nak tau ending dia macam mana? kena la baca.
menarik? memang menarik la jugak. kalau tak, takla aku buat review and spoiler panjang2 macam nie. hahahhaha.
sekian,
ilal liqa'
alaa eksaited dah baca spoiler dah saspens apa semua ;A; malas pulak nak gi baca sendiri
ReplyDeleteaaa, fatin dah baca buku ni! awesome sangat! plot twist sungguh ceritanya hehe :D
ReplyDeleteDah lama beli buku ni and baru baca separuh. Takde masa, tunggu cuti sem nanti baru nak sambung balik baca.
ReplyDeletek spoiler hahaha dah lama nak baca buku ni tapi tak baca-baca XD
ReplyDeleteYup, kelabu ni antara novel fixi yg saya boleh hbiskan dgn laju (not really a fixi fan). Kelabu ni kira okaylah, ada jgk ciri2 islamik kt bhgn blkg2 novel. Kahkahkah
ReplyDeletehaha pernah start baca sikit tapi tak sambung sambung sampai sekarang
ReplyDeleteSama ! Baca novel gantung dulu, baru baca awan. Mula mula dah jatuh cinta dgn amir, sekali tahu dia perempuan terus rasa krik krik .. Haha
ReplyDeletekan !! dah syok2 baca tetau je rupanya dia dyke ?!!! god why. baru je feeling2 dia ni lak hensem la ape la cisss. btw overall best la, ayat2 dialog pun ada yg funny haha macam
ReplyDeleteBaru selesai membaca novel Gantung (terjemahan Bahasa Indonesia). Penasaran dengan buku ini. Masih menimbang-nimbang apa saya bisa mengerti Bahasa Malay ya?
ReplyDeletebisa aja, hampir sama saja bahasa indonesia dgn bahasa malaysia :D
Delete