Assalamualaikum
rasa lama sangat dah tak update. lately life super hectic. hahahaha. kemain bunyi nya kan. banyak benda aku nak cerita sebenarnya. memang tak habis2 la cerita pasal hidup. hahhahaa. sampai bosan la blog nie takhabis2 cerita pasal aku kan. mana la tujunya entry berkualitas badummmm bassss. kelaut dan kepadang pasir perginya. jadi cerita sama je ulang2 sampai bosan. hiokhiok~
so nie nak habaq. garis masa bulan mac yang super hectic.
17 mac 2016 (khamis)
hari jadi mak aku. sebab jauh dari family dan minggu tu memang takdapat balik so dapat wish melalui tepon je la. excited bila birthday mak aku disambut oleh family2. masa nie aku dah taksabar dah habis viva keesokkan harinya sebab taksabar nak lepaskan beban kat bahu. huahuahua~ masa nie jugak terima baucer buku. yihaaaa.
18 mac 2016 (jumaat)
hari viva (present fyp), alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada la sikit mistake di situ. dah la minggu tu memang minggu aku tak berapa sihat. pening2 batuk2 dan suara pun macam apa. tapi alhamdulillah, panel juri okay je. so viva dah lepas jadi masih sibuk dengan report je lagi. kira lepas jugak la salah satu bebanan. HHAHAHAHA. tahniah teamates!
19 mac 2016 (sabtu)
kamsis day out, ada program dan jogathon. hahahahaha. aku masih tak berapa sihat masa nie, pepagi jogging bersama2 warga poli, dah lah taksihat, aku bawak je la diri ini berjogging jugak pepagi tu. dah habis jogging rasa macam nak pitam pun ada, kemahen jauh perjalanan pergi dan balik jogging tu. nasib baek habis awal. dapat jugak charge mata. dah lah petang tu ada dinner pulak. dinner untuk pelajar tahun akhir jabatan teknologi maklumat. aku rasa macam aku nie fashion terrorist je masa dinner tu. HAHAHA. peduli ah. sebab aku masih rasa macam tak berapa sihat, makanan yang aku makan rasa macam kurang rasa semua. tak bestnya. pastu makanan tak habis. membazir.
ahad tu pulak ada program malam2. malam citra budaya kalau taksilap.
serius minggu lepas penuh dengan program macam2. penat tak penat belakang cerita dah.
so hari2 sekarang masih dipenuhi dengan assignment yang mintak kasih sayang timang2. dah masuk study week tapi masih busy dengan assignment berguni dan test sana sini. moga ditabahkan dan dipermudahkan segala urusanku ini.
baucer buku dah habis rm250 beli buku. alhamdulillah, inshaALLAH buku bermanfaat. ada jugak terselit sebijik komik dari alam angker by PUYUH. kartunis lejen komik seram. siapa la tak kenal kan. dan beberapa buku yang lama dah aku target. alhamdulillah. ada masa aku review. takdak masa aku tak review la. selalunya ada je masa cuma malas menguasai diri. T^T *hellpppp
minggu depan dah final exam. moga dipermudahkan segala urusan.
*scream internally*
sekian,
ilal liqa'
Assalamualaikum
sekarang masa students final year tengah struggle dengan final year project. next week dah start viva dan every group masing2 present tentang project dorang. kebanyakkan students programming project kami adalah untuk develop system. mostly system yang berguna untuk memudahkan kerja. so, wish me a good luck next week masa presents. lepas habis semua pasal final project, aku akan cerita tentang system dan website yang teammates aku develop. senyum.
next week jugak, beberapa hari lepas viva, jabatan aku ada anjurkan dinner untuk final year students. hahahhaa, aku still taktau nak decide sama ada aku nak pergi ke tak. sebab sebagai seorang perempuan, aku pening fikir pasal nak pakai baju apa. hahahhaa. aku nie bukanlah seorang fashionable sangat. T^T struggle jugak fikir pasal dress and so on. hahahaha.
ada la dalam 3 weeks lagi nak dekat final exam. masih jugak struggle dengan assignments yang melambak lambak macam takdak kesudahan. mana nak fokus dengan fyp lagi, nak fokus dengan assignment lagi. lecturer siap pesan jangan anaktirikan assignment semua walaupun sibuk dengan fyp. so, aku jadikan assignment anak angkat dan fyp anak kandung. layanan sama rata. pastu sibuk pulak kejar deadline. mati lah nak. menangis. HAHAHHA
takcukup dengan tu semua, program pulak makin banyak. hahahaha. memang takdapat la aku balik rumah. homesick T^T
paling amazing, busy2 pun sempat khatam movie seketul dua, anime satu season pun boleh habis tengok. busy la sangat. hehehhee. biar la effort sama rata dengan masa rilek. hahahhaa. takpun lebihkan effort kalau nak result gempak2.
be strong to all final year students yang tengah struggle dengan memacam benda!
be strong to all peoples yang struggle dengan kehidupan akhir2 ini.
yosh, enaffff with sighing. im not trying to complaint about how busy i am. but it is my way to motivate myself. hehehehe~ so this gonna be my precious memory in the future. learning is fun and it required some effort :)
dikala aku pening2 dan tangkap leleh pasal fyp, baju dan assignment. i should be grateful. yeah i really should.
oh ya, masa solar eclipse hari tu, aku takut tetiba bila siang jadi gelap padahal ada matahari. and i really not excited about that T^T. SubhanALLAH. sebab aku takdapat bayangkan kalau hari kiamat nanti macam mana. T^T ya ALLAH. may ALLAH protects us from bad things. :')
gerhana adalah antara salah satu tanda kebesaran ALLAH dan antara tanda2 hari kiamat. please be prepare manusia akhir zaman.
sekian,
ilal liqa'
Assalamualaikum
sebenarnya 3 march, semalam adalah birthday aku. hari mak melahirkan aku kat dunia. sekarang aku dah berumur 21 tahun T^T dah capai umur dewasa. macam takpercaya je. selangkah ke alam dewasa kononnya. rasa dah berlangkah langkah dah. hehehehehhe. alhamdulillah, aku masih bernyawa di atas bumi milik Allah. terima kasih makbapak dan sesiapa yang dah wish. :)
sedihnya bila birthday jauh dari family T^T
lagi sedih bila bapak tanya bila nak balik rumah T^T
sedih la, takdapat balik sebab busy. busy dengan program, busy dengan final project. busy dengan lab activity, lab exercise bagai. memang bulan paling sibuk untuk semester 6 la bulan march nie. sibuk2 pun still curik sikit masa blogging. wakakaka. :3
yeahhh. dah 21 tahun. harap lebih pandai berfikir la lepas nie T^T. aku suka edit gambar. so tak hairan la hampir kesemua gambar dalam simpanan aku berfilter. wakakaka. so jangan percaya. XD
pesanan untuk BV,
semoga jadi lebih matang dalam membuat pertimbangan
be strong, be cool, be awesome. be cool as always!
buat baik. jangan malas. rajin2 kan diri bersenam!
makan makanan sihat!
jangan terlalu emotional!
jangan lupa update blog :3
jangan lupa update amal!
please jangan compare diri dengan orang lain!
be better!! buat persaingan sihat!
jangan dengki dengan orang!?
stay silent dan jangan bercakap perkara sia2.
ingat family selalu!!
ingat orang2 yang ada disisi.
ingat ALLAH!
you are not alone!! jyeahhhh!
go BV goooooooo!
okay dah. *nak buat banyak sebenarnya, but thats all for now*
yeeyyyy!
siapa birthday bulan march? kita geng. wehehehe :3
sekian saja entry mengada untuk tahun 2016. hahahaha
ilal liqa'
Assalamualaikum
are you one of the fan of studio's ghibli animation? aku minat studio ghibli animation start dengan anime Spirited Away. sebenarnya before tengok Spirited Away, aku ada tengok The Cat Return, first anime produced by studio ghibli animation yang aku tengok. best jugak. tapi hati aku lebih tertarik dengan jalan cerita Spirited Away.
*senarai studio ghibli animation yang aku dah tengok. sikit je beb T^T
The Cat Return *2001
Spirited Away *2002
Howl's Moving Castle *2004
Mononoke Hime *1997
My Neighbor Totoro *1988
bagi aku walaupun nie semua anime lama2, semua cantik2 dan boleh tahan animation dia. aku suka anime by Hayao Miyazaki terutama yang Spirited Away. dan Howl's Moving Castle pun okay jugak, tapi jalan cerita dia macam aku takpuas hati sikit. hahahaha. macam tak cukup details.
Kaonashi (faceless, no face) is a spirit. wandering spirit. it is actually a nice spirit :) i donno why i find myself liking this kaonashi, some peoples may think he a lil bit scary, but kaonashi is pretty cute to me. hahahaha. i bought this custom made felt craft and as keychain.
tetiba english. hahahhaa
bagi aku la kan, semua OST dalam anime nie best2. paling2 yang instrumental by Joe Hisaishi. so here, aku senaraikan beberapa song yang aku suka dengar melalui anime2 nie.
actually, aku nie suka kumpul OST anime yang best2 jadi collection. HAHAHA. kalau lagu anime tu catchy2 dan rancak2, dapat jugak la jadi alarm bangun pepagi. serius, aku banyak kumpul opening/ending song dari anime2 yang aku dah tengok. dan opcoz kebanyakannya ada lirik dan maksud supaya aku boleh menanyi sekali walaupun suara macam kodok. T^T
so, any recommendation for studio ghibli animation yang aku belum tengok tapi best? XD
jangan lagha beb. jangan.
sekian, ilal liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons