Assalamualaikum
aku pernah kerja. part time la. ada beberapa kerja yang aku pernah cuba. kerja halal semestinya. bagi aku, kerja nie kira kau buat kerja tu dan dapat duit la atas usaha kau. panjang sikit entry nie sebab banyak benda aku nak cerita. nak baca ke tidak itu terpulang mahu jadi hantu ke buaya, eh. entri bersifat agak negatif sebab banyak mengulang kata2 benci dan taksuka. HARHARRHARRRRR~
1. kerja di kedai bunga
nie kerja pertama aku. lepas habis SPM sementara nak menanti tawaran sambung belajar, aku kerja la dekat kedai bunga milik chinese dua beradik. sepupu aku yang sama umur sebenarnya ajak aku kerja kat situ. dia dulu kerja situ la, sebab owner suruh cari pekerja, dia ajak la aku. aku kerja dalam beberapa bulan camtu la, gaji dalam rm500 sebulan.
kalau orang tanya macam mana pengalaman kerja kat kedai bunga? PENAT WEHHHH! takdak guna bunga cantik2 comel2 kebaboom tu kalau kerja penat sangat. start kerja pukul 8am-6pm. rehat tengah hari sekejap je, ikut masa ko nak, pastu kalau mood tauke cina perempuan tu baek, dia bagi la duit beli makanan. si kakak memang baek, si adik garang sikit. ada masa kerja banyak gila, ada masa seciput je duduk2 chillex depan jamban. yeee, tempat ya ada kerusi cuma depan jamban. kecik je kedainya. paling aku tak berapa suka ialah, bila bunga fresh datang. terutama bunga MAWAR. bunga ros la senang cerita, sebelum dijual, bunga nie kena dibuang durinya. so kerja kami (aku dan sepupu) adalah buang duri bunga tu, paling aku benci la buang duri, dahlah guna gunting. selain itu, kerja kami ialah susun bunga/stand bunga dalam gereja. aku berapa kali dah angkut stand besar gedabak masuk dan susun dalam gereja. aku bertudung kheeen, so orang mesti pandang pelik bila tengok aku susun flowers stand tu dalam gereja, pelik mende, bukan aku semayang dalam gereja tu pun. lahai.
aku pernah kena marah customer, padahal bukan salah aku, salah tauke tu sendiri, sebab bukan salah aku, aku menjawab la kan. customer tu chinese, sebab dia dah takpandai menjawab atas jawapan aku, dia pergi bertekak dengan tauke aku pulak, entah camne la tauke tu pujuk, sampai bila nak balik dia senyum mesra ngan aku, eh menyampah lak, sorry la nak balas balik. kejam tak? ada lagi kejam, sepupu aku dah tension kerja, akhirnya dia lari masa lunch, taknak kerja situ lagi, aku dengan alasan cari sepupu aku pun lari dari kerja dan malas dah nak kerja sana. hahahhahaa lawak sangat masa nie XD
2. kerja sebagai pembantu di klinik
nie kerja dengan bos bapak aku. bos bapak aku doktor. sebab pekerja dia cuti dalam 4 hari, bos tu mintak tolong la kerja ngan dia kat klinik sepanjang 4 hari, aku sebenarnya TAKNAKKKKKK tapi sebab doktor tu banyak berjasa dan kena paksa aku on je. rasanya kerja paling boring annoying sebab aku sorang je tak kenal sesapa. sorang tu adik doktor tu, again with chinese. aku agak taksuka kerja dengan chinese nie sebab dorang memandang enteng pada kaum bumiputra dan halangan bahasa. i wish i could speak in mandarin T^T. kerja tak banyak pun, just panggil pesakit, dan tolong pegang pesakit dan susun ubat ikut prescription. alhmadulillah, that doktor, faham aku tak pegang pesakit lelaki dan pepandai la dia pegang sendiri.
pernah buat entry jugak, http://budaksukavanilla.blogspot.my/2013/06/pengalaman-kerja-di-klinik-swasta.html
aku okay la dengan si bos bapak aku yang doktor tu tadi, cuma aku annoy dengan si adik perempuan doktor tu yang nampak sangat memandang enteng ngan aku. nampak sangat beb, ada la satu masa, ada sorang chinese girl, anak kepada kawan si doktor tu menolong kat situ jugak, aku bagi gelaran L, L tu susun kad dan cari nama pesakit. ada ka patut si adik doktor tu kata "tengok, dia cepat hooo" sambil puji L dalam bahasa mandarin. what the bloody fish! kalau kau ajar aku, aku pun pandai la nak kata aku lembab la tu. kau tak ajar apa2 pun, cuma tau komen je, mentang2 korang sekaum T^T, aku tak benci si L dan adik doktor tu pun, just annoying la dengan sikap dia kan. dengan harapan dia sedar cara dia salah dan menilai semua kaum sama rata pada satu hari nanti. gaji dalam 4 hari tu adalah dalam rm100, so dapat la chill kan diri aku still holding a grudge nie. hahhahahaha. janganlah hold grudge, tak elok T^T
3. kerja sebagai pembantu katering
kerja nie dalam sehari je. masa nie aku sekolah lagi, hujung minggu ada kenduri, so ada la sedara aku yang uruskan katering tu, dan sebab mak aku join, aku pun join sekali la nak menolong sikit2 masa kenduri tu walaupun aku bosan jugak sebab takdak kawan, kebanyakkannya kaum ibu2 dan anak2 kecik. menolong tu ada sebab, hahahhaha. sebab nak duit belanja, mak aku kata, nanti ada orang bagi upah, sebab tu la aku join kot. sehari sebelum kenduri tu banyak jugak la kerja, kerja aku senang je, angkut barang dan ikut je apa arahan yang kaum ibu tu bagi kat aku. dan masa kenduri tu, orang sedang sibuk kenduri, ahli katering dan aku sibuk uruskan makanan. last2 baru makan. best jugak la walaupun boring, atleast takdak mulut orang yang sibuk judge tak habis2. hhahhahahhaha. kejam2. akhirnya, lepas beberapa hari dapatlah gaji rm20. XD
4. kerja sebagai cashier
rasanya banyak jugak aku cerita pasal aku jadi cashier kat blog nie. masa nie aku kerja isi masa cuti semester yang agak panjang. kebanyakannya aku dah cerita kat link2 yang berkaitan. kalau rajin baca la. malas dah nak cerita sebab banyak dah cerita kat blog. hahahhahhaa.
best jugak la jadi cashier walaupun banyak gila pengalaman menghadapi karenah manusia yang macam2 ragam. best la sebab gaji paling tinggi berbanding kerja2 aku sebelum nie. hahahha.
5. internship di TM
nie kira pengalaman kerja jugak la eh. aku banyak jugak cerita benda nie kat blog. pepandai la cari kat button thing | stuff nun di tepi blog sana.
sikit je pengalaman kerja part time aku. tu pun tak lama semua. korang macam mana? pernah kerja part time? ce cite. macam2 la pengalaman kan. hahhaha. pengalaman nie mengajar kita. cewah. makin banyak kerja, makin banyak la pengalaman yang dapat. nie aku cerita banyak yang buruk je. wakakaka. sepatutnya aku share benda positif yang aku dapat kan, dan lupakan yang negatif2. tapi yang negatif tu la pengalaman yang mendewasakan diri ini. wakakakkaa~ dewasa kah?? HAHAHA.
kalau korang baca sampai habis, kompem aku terharuuuu~
sekian,
ilal liqa'
salam , banyak jugak ye buat kerja part time, tak banyak jugak pengalaman walau pon kecik kecik je .
ReplyDeletewalaikumussalam
Deletememang banyak pengalaman kerja part time nie :)
Bestnye. sambil keje dapat kutip pengalaman. sy pun tgh keje. just keje ngn mak lepas spm.huhu
ReplyDeletekeje ngan mak pun dapat pengalaman tau. keje elok2. hehhee
Deletepernah kerja kat stesen minyak 2 bulan camtuu. :D sbb sy suka kira duit, kiranya sy suka je la kerja tuu hahaha. :D setuju jugak, macam2 ragam orang yg kita boleh tgk, especially cara org isi minyak & bayar. ada yang dari jauh suruh isi penuh pastu lupa bayar (haru nak kejar).
ReplyDeletekalau seronok kerja memang best. hehehe. memang macam2 ragam je yg kita tengok.:D
Deletewahhh, byk pengalaman kerja awak ye..
ReplyDelete:)
alhamdulillah. ada la ckit :D
Deletekmk baca smpey habis :P hahaha at least lah ktk ada pngalaman kerja kmk blum pernah gik. dari awal tahun 2016 tok tek kmk carik kerja tapi sikjuak dapat2 -.- hahaha
ReplyDeleterajin ktk. maksehh. hehehe :D sikpa ya, carik jak, mesti dapat ya lak. hehee :D
Deletecina biasalah yg suka buli melayu, herrrr. fieyqa pun banyak kali kerja pt tapi xlah banyak jenis kerja macam bv buat. seronokkan dapat pengalaman :)
ReplyDeletehahahha, not all of them. hheehe :D stiap kali kita kerja memang confirm ada pengalaman :)
Deletebanyaknya pengalaman kerja BV, akak pernah kerja kat kiosk campus aje dulu. tak apalah, banyak pengalaman tu. geram jugak baca part kerja kedai bunga n kat klinik tu :) sabar eh hehe
ReplyDeletetakla banyak sangat :D mana2 kerja pun memang dapat pengalaman kan kak? :) makaseh, sabar lagi nie. hehheeh :3
Deleteyeayy, da bace smpai habis! haha ;p betul la, prkara negatif tu la yg mematangkan kite. xD
ReplyDeletethanks ya. hehehe. betul tu awak :D
DeleteBanyak juga tu. Dapat juga belajar perkara dan pengalaman baru :)
ReplyDeletebetul tu :D memang banyak belajar benda baru n dapat pengalaman :)
Deletebagus ni share semua..hehehe. jom support buku #serenitysyiralokman ^_^
ReplyDeletealhamdulillah. wah dah ada buku ye? :D
Deletepeh banyak nya part time hahahaha alhamdulillah for the pengalaman kan kan hihi <3
ReplyDeletealhamdulillah :D
Deletetakbanyak nie. ada lagi orang punya lebih banyak :3
alhamdulillah :D
Deletetakbanyak nie. ada lagi orang punya lebih banyak :3
wow banyaknya pengalaman kerja dia. baguslah cantik resume nanti ye :)
ReplyDeletetakbanyak pun nie. ada orang lain yg lebih banyak pengalaman. rasanya kerja part time boleh letak dalam resume ke? :D
Deletehhahaha part keje kt kedai bunga...ending part tu...lawak okayy. hehehe
ReplyDeletewahh da banyak pengalaman kerja walopun sekejap2 je kan..
memang lawak. ehhehehehe :D
Deletetakbanyak pun. tapi alhamdulillah, ada la sikit2 pengalaman tu XD
Selama ni tahu beza antara leader & boss hanya dalam buku je sebab belajar.
ReplyDeleteTapi bila dah kerja, dapat rasa sendiri beza leader & boss.
Kebanyakan boss aku adalah boss, bukannya leader.
Jenis yg sebab naik pangkat cepat, jadi dia rasa dia power dan tindas orang bawahan.
Tak suka betul yg jenis camtu.
memang selalu jumpa yang jenis boss. jarang sangat jumpa yang jenis leader yang saling tolong menolong antara pekerja. harap masih wujud la manusia berhati leader nie. :D
DeleteWow wow, banyaknya kerja. mesti dah banyak kumpul duit kan. :) Sy pernah kerja di kantin sekolah je. Pernah jual bunga kat uni untuk student yang nak grad. I know that feel yang kena buang duri bunga ros tu. Sangat tak suka. Hahahaha
ReplyDeletebestnya kerja kat kantin sekolah :) kira pengalaman jugak semua tu kan. :D memang takbest sangat feel buang duri tu T^T
DeleteBanyaknya kerja yang BV pernah buat. Akak punya pengalaman kerja sikit je.
ReplyDeletetakpe kak, akak lebih banyak dapat pengalaman belajar kat tempat orang. :D pengalaman nie dimana mana :3
Deletebyk jugakla pengalaman kerja BV walaupon part time.
ReplyDeletebuat resume nti jgn lupa masukkan smua ni. penting tu! hehe
boleh masuk dalam resume semua nie ke? :D
Deletehahahhaa, kerja nie kebanyakan sekejap2 je, ada yg taksampai sebulan pun XD
ekceli k.ana teringin nak kje kedai bunga. err bknla kedai bunga sgt tp lebih kpd yg buat surprise delivery tu hehe. mcm best je bile dpt tgk cstmer yg terima surprise tu tersenyum hehehe
ReplyDeletebetul tu, tu je yg best sebab BV pernah la buat beberapa delivery, paling lawak bila hantar bunga besar2 n customer tu macam takpercaya dia dapat bunga n stil tanya memang betul ke nama dia XD
Deletesaya LANGSUNG tak pernah ada kerja sambilan ke apa sebab takde transport. so jeles tengok orang lain pernah ada pengalaman kerja macam2.
ReplyDeletebanyak pengalaman bekerja BV. lagi tough dari saya rasanya.
ReplyDeleteSaya dulu pernah bekerja sebagai cikgu tadika,transit dan jugs taska and now sy bekerja di klinik.moga2 sy kekal bekerja di situ.awak follow my blog.blog rabiahtul adawiyah
ReplyDeleteSaya dah baca sampai habis, terharu tak? :3
ReplyDeleteI also recommend you this do check it
ReplyDeleteFlower Gift Delivery
Flower Delivery Kuala Lumpur
Florist in Kuala Lumpur
Funeral Flowers Delivery
Kedai Bunga
Penghantaran Bunga
PEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY
ReplyDelete1.Perempuan
2.Ada transport
3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
7.Mahir menggunakan komputer
Tugas keja
1.Iron
2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
3.Promote barang
4.Layan customer
5.Edar flyers
6.Urus barang poslaju
7.Kira stok
8.Urus kerja online di komputer
Gaji RM1000-RM1200
Berminat hubungi 0139201910
Saya pun dulu mula dgn kerja cashier kat supermarket je hehe. memang penat diri memanjang
ReplyDelete