Assalamualaikum
hari nie raya haji. alhamdulillah, dapat beraya dengan keluarga. bagi yang di perantauan tu, yang takdapat beraya dengan family, mohon jangan sedih2 ya. hehehe, nasib baek aku dapat balik walaupun membawa esaimen melambak. memang tak bagi chance orang nak bercuti betol2. hahahaha.
macam mana raya haji aku?
macam biasa je, cuma berapa tahun raya haji dah aku tak berpeluang tengok orang sembelih kambing dan lembu depan mata. sebab masa raya haji, family aku sibuk menjenguk sedara yang buat kenduri dan tak lupa jugak nak jenguk nenek. petang2 baru beraya rumah sendiri. malam baru sedara datang rumah. pastu, malam tu jugak melepak kat rumah sepupu sambil melantak rendang dan ketupat. meriah bila lepak ngan sepupu nie.
untuk raya haji kali nie, mak aku masak rendang ayam dan daging masak hitam. entah kenapa, family aku lebih suka makan daging masak hitam dari rendang ayam padahal rendang kan memang makanan rasmi orang berhari raya. hahahaha. makan daging masak hitam dengan ketupat memang umphhh la rasa dia, apatah lagi makan dengan nasi. tapi aku suka makan dengan roti bantal. pastu ada pulak puding gula apong. aku malas nak tunjuk gambar. sedangkan baca nama masakkan tu dah terbayang2 dalam kepala kan,

dalam kita berhari raya haji & korban nie, harap la bersederhana je. sedangkan ada saudara islam kita menyambut raya haji dengan kesedihan, kelaparan dan sebagainya.
sekian saja la cerita raya haji yang tak seberapa. raya haji korang pulak camne?
ilal liqa'
Assalamualaikum
al kisahnya semalam. roomate aku tidur kat bilik orang lain sebab nak buat kerja dan esaimen yang melambak2. aku pun dari lepas habis isyak memang mengadap laptop je sebab buat esaimen yang entah bila akan selesai aku pun taktahu. hahahhaha. esaimen yang aku excited buat dari lepas isyak sampai tengah malam tu adalah buat application untuk semakpong. dah dapat idea seguni, apa lagi curahkan terus je la sampai penat mengadap laptop hanya dengan bantuan lampu meja. lepas berjam jam mengadap laptop sampai siku pun dah rasa kematu, aku pun baring2 jap mengadap semakpong lebono sambil scroll twitter. dalam nak sampai pukul 2 pagi macam tu jugaklah. bebudak twitter still banyak yang update kat timeline, paling bengong, suka betol tweet gambar hantu memalam, seketul muka hantu muncul depan skrin tepon aku. mengucap makkk, lahai, semput napas dah sensorang. hiperbola je aku, hahahhaa, aku nebes jugak tengok gambar tu. dahtu tutup gambar, belek2 twitter sambil retweet ayat islamik. :3
banggg!!
penyapu yang tegak di belakang pintu jatuh dan botol mineral kosong yang aku susun tepi almari bertaburan sebab kena timpa penyapu.
kus semangat, berterbangan diawang awangan jap semangat aku. hahahahhaa. terus aku bangun dari pembaringan dan menuju ke arah penyapu. lalu aku mengangkat penyapu tersebut dan menyusun semula botol2 dengan rasa sedikit lega sebab takdak benda pelik yang aku nampak. habis cerita.
lepas tu, aku terus kemas2 laptop dan sedia nak masuk tidur. dalam setengah jam lebih jugak la aku pejam celik pejam celik. maybe sebab masih terkejut. hahahhahaa. dan akhirnya aku tertidur dalam pukul 3 pagi. hahahahhaa.
soalan mistik, kenapa penyapu jatuh? adakah cicak? kuat jugak cicak tu tolak penyapu. angin? tingkap dah tutup dan aku berpeluh dalam bilik walaupun kipas dipasang sampai maksimum lima. strange right? senang cerita, aku anggap je tarikan gravity yang menarik penyapu untuk jatuh ke lantai akibat daya geseren angin halimunan.
sekian saja, cerita malam mistik yang tak seberapa mistik :D
sekian,
ilal liqa'
Assalamualaikum
yey, header dah bertukar. sebab tukar header, bosan lak tengok header lama tu. hahahhahaha. lama tu bulan march lepas aku tukar. kira 7 bulan berlalu. hahahhaa. lama jugak aku setia dengan header yang lama tu. aku suka yang simple tapi attractive. so, bila bosan dengan header lama tu, pening jugak nak fikir edit header baru macam mana. belek2 tepon, belek2 application photogrid. rajin pulak aku main collage. hahahhaa. pastu edit lagi dalam vscocam. pastu tetiba idea datang nak gabungkan collage tu jadi header. hahahaha. so TADAAAA~ terbitlah header baru lepas diedit dalam photoshop dan photoscape. aku kalau bosan, memang lebih suka edit gambar dari main game. hahahhahaa.
aku suka ambik gambar kat tepon dan edit. tepon apa? lenovo cikai je beb. aku tak kesah jenama apa, asal fungsinya ada sebagai sematpong. bagi aku, lenovo nie affordable. walaupun kekadang ada jugak keinginan nak ada iphone, tapi harga tu buat bijik mata kau terbeliak dari soket mata. syukurlah dengan apa yang ada, yedakkk~ aku lebih suka bila benda yang aku dapat tu dari duit sendiri. taknak meminta ngan makbapak. tapi kalau makbapak nak bagi, apa salahnya. wakakaka. *tampar muka sendiri dan tersedar dari mimpi*

header lama since 31 march 2015.
header baru nie lak poyo sikit sebab banyak dengan gambar aku je. hahahhaah. takpa la poyo sebab blog aku kan. wakakaka.
komen sikit header baru aku. komen buruk baek akan diterima seadanya. hahahhaa~
*respect my design plis, jangan curik keh
ilal liqa'
Assalamualaikum
korang! thanks a lot sebab banyak bagi respond kat entry pasal domain tu. hahahhaa. maybe aku akan beli domain lepas habis sem nie. dalam penghujung bulan oktober. inshaALLAH :)
nie antara entry yang aku pernah buat mengenai family day. hahahaha
http://budaksukavanilla.blogspot.my/2013/10/photography-one-day-at-pantai-mukah.html
http://budaksukavanilla.blogspot.my/2014/09/jtmk-family-day-sesi-jun-2014.html
korang! thanks a lot sebab banyak bagi respond kat entry pasal domain tu. hahahhaa. maybe aku akan beli domain lepas habis sem nie. dalam penghujung bulan oktober. inshaALLAH :)
throwback sebab seminggu dah berlalu. hahahaha. pada 5 haribulan september yang lalu, aku dan coursemates join family day sebab lecturer suruh pergi. kalau lecturer tak suruh dan ajak turun memang melekat kat bilik je hari sabtu. hahahhaaha. memang pasif sangat la aku nie eh. pemalas tahap gaban sampai nak join aktiviti pun malas. wakakkaa. rasanya memang tiap sem je aku join family day yang dianjurkan jabatan teknologi maklumat dan komunikasi, tu pun kebanyakannya join tunjuk muka je. hahahaahahah. walaupun aku tak join aktiviti yang dianjurkan, atleast aku datang bagi sapot kat dorang yang join. hahahaha.
http://budaksukavanilla.blogspot.my/2013/10/photography-one-day-at-pantai-mukah.html
http://budaksukavanilla.blogspot.my/2014/09/jtmk-family-day-sesi-jun-2014.html
tentatif acara mula pukul 7. pastu 7.15 senamrobik. dahtu pukul 8.15 makan sarapan. tapi aku dan coursemates yang sikit je nie turun bilik pukul 8 macam tu. hahahhaha. takperlu senamrobik lagi dah. sampai2 terus dorang ajak makan nasi lemak. hahahhahaa. orang lain dah nak habis makan, kitorang baru sampai. XD

left to right : BV, jia, kakjan and fafa.

left to right : kakjan, BV, fafa and jia

hujan sekejap. pastu sambung balik aktiviti. kitorang cuma duduk di sebalik tiang dan perati je orang main game. hahahahaha, melarikan diri dari dipilih untuk main game kumpulan memasing, pasif eh pasif. hahahahahhahaa~

pastu, part penyampaian hadiah. group FYP aku adalah salah satu pememang untuk pertandingan poster. hahahahaha. alhamdulillah. macam taksangka poster buat simple2 je dapat menang. malu pulak aku nak tunjuk poster tu. T^T
kenangan nie semua, tu la tulis kat blog, takut satu hari nanti aku hilang ingatan ke laptop hilang ingatan ke, dapat jugak bukak blog kan. hahahahaha. XD
sekian.
ilal liqa'
Assalamualaikum
aku nak buat keputusan nak beli domain, seriously lama gila dah aku nak beli domain. beberapa hari yang lalu, aku perasan jugak, blogspot.com dah bertukar jadi blogspot.my. maybe ni satu kelebihan atau keburukan aku taktau la. hahahha. jadi aku dah buat keputusan nak beli domain.
jadi aku nak mintak korang suggest la domain yang sesuai untuk blog aku.
intanainins.com
budakvanilla.com
aku keliru sama ada nak guna real name, ataupun guna je nama BudakVanilla tu. haahahhaa. sebab realname maybe nampak lebih formal wakakka, dan BudakVanilla cam childish sikit sebab ada budak kan. hahhaa. nama BudakVanilla tu memang sejak berkecimpung dalam dunia blog dah. >,,< sayang pulak ngan nama tu sebab banyak blogger kenal ngan nama BudakVanilla kan. hahhahaa.
jadi, aku nak sangat korang bagi pendapat la, sebab aku takdapat decide sendiri. hahahhaa :3
aku nak buat keputusan nak beli domain, seriously lama gila dah aku nak beli domain. beberapa hari yang lalu, aku perasan jugak, blogspot.com dah bertukar jadi blogspot.my. maybe ni satu kelebihan atau keburukan aku taktau la. hahahha. jadi aku dah buat keputusan nak beli domain.
jadi aku nak mintak korang suggest la domain yang sesuai untuk blog aku.
intanainins.com
budakvanilla.com
aku keliru sama ada nak guna real name, ataupun guna je nama BudakVanilla tu. haahahhaa. sebab realname maybe nampak lebih formal wakakka, dan BudakVanilla cam childish sikit sebab ada budak kan. hahhaa. nama BudakVanilla tu memang sejak berkecimpung dalam dunia blog dah. >,,< sayang pulak ngan nama tu sebab banyak blogger kenal ngan nama BudakVanilla kan. hahhahaa.
jadi, aku nak sangat korang bagi pendapat la, sebab aku takdapat decide sendiri. hahahhaa :3
nah, belanja gambar strawberi. hahahhaha XD
sekian,
ilal liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons