REVIEW : Tofu Mask - CathyDoll -

Monday, 13 April 2015

Assalamualaikum
hello bello~ selepas dua hari bercuti dari menaip entry di blog. akhirnya aku kembali dengan produk review. hahahaha. terus dengan produk review kau. nie bukan review bebayo ye. aku nak review sebab produk nie best. hahahhaaha. best sebab produk paling mahal yang aku beli setakat ini. mahal la kan. aku student lagi. T^T

review TOFU MASK

Tofu Mask CathyDoll

cathydoll product
instagram aku : budakvanilla 
pehhh. sempat promot diri sendiri. mohon sabar. hahaha~

review Tofu Mask

comelnya bekas tofu mask nie tau. aku nie jenis suka benda cute. aku suka sangat packaging dia. rasa girly2 gitu. rasanya hampir semua produk Cathy Doll memang packaging dia comel. geram aku nengok. hahahha. rasa nak sambar semua je. tapi harga agak berpatutan jugak la. rasanya di kali pertama aku beli produk CathyDoll iaitu Tofu Mask. teringin nak beli lepas tengok review para pengguna Tofu Mask. wakakaka. tu pun beli kat instagram. pengaruh instashop sangat dah aku nie. T^T sebab hari2 scroll instagram. hahaha.


Review Tofu Mask

comelnya lahai. cara guna senang je, tepek2 Tofu Mask kat kawasan muka dan biarkan selama 15 minit dan bilas muka lepas tu. bila letak kat muka rasa nak jilat2 je muka sendiri sebab bau Tofu Mask nie sangatlah menyelerakan uolls. hahahahha. bau wangi manis2 macam aiskrim vanilla. dapat release stress jap pakai mask nie malam2 dengan kewangian dia lagi. 


Tofu Mask review

ada soya bean, yogurt, royal jelly dan soy oil. mencerahkan dan membuat kulit kita clear. instruction dia macam aku cakap tadi la, tepek2 je kat muka. jangan kat bibir dan mata. dalam sesi menepek Tofu Mask kat muka, boleh la urut2 sikit. kalau sesuai guna dan takda effect yang buruk untuk korang, boleh je terus guna. kalau ada irritation atau rashes atau kulit mengelupas atau gatal2 stop guna. maybe tak sesuai untuk kulit. rugi la. hahaha. 



nie rupa dia. macam butter lak aku tengok. hahaha. kalau letak kat muka macam transparent je gitu. seronok pakai memalam. sejuk2 gitu. wakakkaa. aku pakai dalam 2-3 seminggu. so dapat lah release stress dengan ber Tofu Mask kan. hehehe. 


aku beli Tofu Mask kat instashop @prettydames dengan harga rm25 termasuk postage bagi SM dan tambah rm5 bagi SS. barang kat instashop tersebut kebanyakannya produk kecantikan CathyDoll dan banyak lagi yang lain. servis dia memang friendly je. :)

so kalau korang nak usha dan mencari produk kecantikkan ke apa ke nak bagi hadiah ke apa ke ngan gulpren ke ngan mak ke ngan adik kakak ke apa2 ke? hahahha. boleh usha instashop nie. barang memang agak berpatutan. 


sekian,
ilal liqa'


19 comments

  1. O ...tak sangka ada produk Tofu jadi mask kan...nice share

    ReplyDelete
  2. akak pakai few items.. yg kasi cerah certaina area tp pakai kat lutu hahaha..
    mask ni saja x penah try lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? berkesan ke kak? hehehe. try la mask nie kalau berminat. :D

      Delete
  3. sound mcm best! hmm~ betul gak. sbb Mira x familar sgt ngan Japanese brand, nnti nk tanya ngan member yg suka gak so klu pun x suka in the end still split ngan dia.
    vanilla~ ah.. sama la kite.. feveret kot!
    xx, Mira | http://lemieletlavanille.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. kalau taksilap cathy doll nie produk thailand kot. formulated in korea. hahaha. memang best bau dia macam vanilla. sweets sangat kan vanilla. wahahha. :D

      Delete
  4. Assalamualaikum. Kite pun ada sebotol. Hihi. Tak habis2 lagi. Dah guna hampir 6 bulan jgk la. Beli kt Padang Besar hari tu so murah la sikit. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam. mesti best guna kan. ehehee. bagus lah dapart harga murah. dekat sini susah cari so dapat beli on9 je la. :D

      Delete
  5. ingatkan tofu boleh makan je... hehehe~ ;)

    ReplyDelete
  6. best kan pakai produk tofu ni? sedap gila bau dia, rasa mcm nak gigit muka sendiri lps sapu mask tu kt muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kan. hahhaa. betol tu sis. memang best pakai sebab bau dia. hehehe :3

      Delete
  7. Akak pakai juga yang ni. Ya Allah, memang suka sangat bau dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu. berkenan dengan bau dia jugak. hahaha. :3

      Delete
  8. jarang pakai mask.. beli dan dapat freegift memang banyak. huhu. tofu yaa. sedap dan lapar pulak bacaaa hihi

    ReplyDelete
  9. macam best je tofu mask. tapi nak tengok gak BV pakai jadi macam mana hehe

    ReplyDelete
  10. produk cathydoll ni mmg comel2 belaka semuanya.. one fine day, nak try jugak lah, hehehe.. :D menabung dulu... heheee

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!