aku suka tengok kaum perempuan yang berinai. tak kisah la yang dah berkahwin atau belum. hehe. sebab aku pun suka berinai. tapi takla inai yang berukir2 berbagai bentuk tu. cuma inai kat kuku. hahaha. nampak comel je jari2 berinai. rasa nak kawen je. ahhahahahahhaa. abaikan. berinai untuk suka2 je selalunya. last aku berinai masa hari raya hari tu. sekarang macam nak berinai lagi je. hehehe.
kekadang, aku musykil jugak apa hukum berinai kan. sebab ada kata inai nie budaya orang india. so aku google la hukum dia. dan nak la share ngan korang kaum hawa yang suka berinai tu, tak kesah la yang dah kahwin ke tak.
sumber : e-Fatwa
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
so boleh la berinai bagi perempuan. inshaALLAH. asal tidak menimbulkan fitnah. kekadang kalau berinai lebih2an pun boleh timbulkan tabbaruj kan. aku tak berani nak sembang panjang lebar pasal nie. sebab aku pun bukan orang yang berilmu sangat tentang agama. :)
sekian,
ilal liqa'
Nasib baik boleh pakai... sebab akak pun suka berinai juga
ReplyDeletesama la kak. asal tak menimbulkan fitnah kan. . :)
DeleteSekarang kan trend yang buat inai macam-macam bentuk tu. Ha, cuma yang bermotifkan haiwan dan lambang keagamaan tak dibenarkan. :)
ReplyDeletebetol tu. jadi trend dah inai corak2 bunga2 tu kan. hehe. cantik. . :)
Deleteakk suke jgk berinai..
ReplyDeletetp nk pkai 2la yg malas..
nk kene tgu inai kering lg..
hihi
beli inai yang cepat kering kak. hehe.
Deletesaya pun suka jugak pakai inai. hehehe
ReplyDeletesama la kita. hehehe :D
DeleteEna memang suka giler pakai inai.. kejap lagi nak pakai.. hehehe
ReplyDeletesama2. .yeah. .hehe. masih nak cari inai lagi nie. . :D
DeleteJazakillah khairan akak atas entry ni. :D
ReplyDeletelama tak pakai inai. Last pakai masa sekolah rendah.
Teringin nak pakai kat kuku. yang simple.
Nampak macam comel ^^
Ok tak apa. Habis matrik i nak pakai inai. mihmihmih
comelkan kalau guna kat kuku? hehe. boleh bawa solat lagi sebab inai je kan. . :)
Deletepakai la kalau dah habis matrik nanti :D
Suka juga pakai inai. :D
ReplyDeletekita sama. yey :)
Deletehihihih once my fav and current obsession!!!
ReplyDeletebut sekarang busy T_T
lupa nak add on cewah hahaha
kadang2 sy tak tahan sangat dgn bau dia T_T
ReplyDeleteAkak tak suka sangat berinai sebab tak suka kuku berwarna. Lepas tu, bau dia lagi. Masya Allah. hehehehe.
ReplyDeletekita suka pakai.. cuma malas nak menumbuk n bila pakai buat sendiri mmg tak cantik kalernya n bertompok2..azab betul..
ReplyDeletepastu gatal la cuba pakai inai kiub instant tu.. pekat mmg pekat,tp sayang terus gatal lepas guna..! hoho..murah punya pasal.. T__T
Yaauy!! Boleh berinai! Anis suka inai lukis2
ReplyDeleteana suka pakai inai mekah yg dlm tube tu. mudah xyah nk tumbuk2 hehe. pastu pakai sekejap je dah jadi merah dah hehe
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteteringat kat kawan. sgt jarang nampak kuku dia x berinai.
ReplyDeletehmm.. lama dah x berinai. tetiba teringin plak. hehe.
akak , kalau inai homemade yang bermacam-macam warna tu boleh jugak pakai ke? hm. mohon notice kat cbox saya kalau akak reply takut saya tak perasan nanti :) thanks
ReplyDeleteThe Talking Diary