tamat semester 3

Thursday, 6 November 2014

Assalamualaikum
tamat sudah semester 3. tamat sudah final exam. cuma menanti masa untuk menjalani latihan industri je lagi. muahaha. dan semestinya menanti dengan penuh sabar usaha aku selama nie, pointer oh pointer. harap la dapat pointer yang diidamkan. inshaallah. so sementara menanti tu, aku rasa aku dok rumah je  kot. nak kerja macam takcukup sebulan je. hhehehe. memang dok rumah menghadap laptop je la keje aku nie. hehee :3

dan bila part packing barang la aku tak beberapa suka. yang aku suka balik rumah je. nak packing. aisshhh. sebab nak balik ai hadapkan aje nie semua, hahaha. ayat tak rela. esok balik malam tu baru aku start packing dan kemaskan bilik. hwahwa. lepas tu mandi dan keesokkannya roomate aku dulu yang keluar dari bilik. hahaha. seawal pukul 6.30 pagi dah dia keluar bilik. heret semua barang. sedihnya aiiii. dahlah aku masih mamai masa tu. takdapek nak ucapkan ucapan selamat tinggal dengan berhemahnya. hahahaha.

pepagi tu aku dah buzy angkat barang2 dan kemaskan apa yang patut. dan paling seteghesss uruskan hal li. mati aku. kepenatan dengan angkut barang turun ke tingkat bawah. dan hendaklah korang mengetahui bahawa bilik aku adalah di tingkat 4 ye kengkawan. dah angkut barang kebawah naik angkut geng baldi dan barang2 yang ditinggalkan kat bilik rekreasi kat blok lain. dahtu tingkat 3 pulak. alahai makkk. terseksa badan aii. 

barang aku nak bawak balik. banyak sehh. dahlah balik guna bas je. semua barang nie aku sorang je yang heret. kecian tak kecian. dengan bantal tu aku heret sekali. hahaaha~


pastu dalam pukul 11.45pagi van datang. menyumbat la dalam van. pastu sampai terminal baru aku dan sepupu beli tiket. bus asia pukul 2 petang. lama la menunggu dekat terminal tu. dan akhirnya masuk bas sampai rumah. buahahaha. penat dah aku cerita. harap la masa cuti nie diisi dengan benda bermanfaat ya. inshaallah.

ilal liqa'

11 comments

  1. Naik bas , bawa barang ni . Banyakkknyaa .. Terputus urat . Bawak bantal tak menahan tu .. hahaa

    ReplyDelete
  2. wuuu..kia lega lah tu dah habis... Kesianya heret barang sampai byk macam tu~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Saya pun dah habis sem 3. Wuhoo. Industrial training hujung tahun depan. Hehe. Part packing barang memang ramai orang tak suka sangat. Tapi nasib baik sem depan, saya dapat rumah yg sama. Tak payah bawak balik barang sangat :)

    ReplyDelete
  4. Samalah. Bab packing tu paling tak best.

    ReplyDelete
  5. wa..banyak barang... bagus la berdikari sendiri.. tak la menyusahkan orang kan... walaupun ada abang kakak sekali pun... mereka ada tugasan mereka ka..TAHNIAH... next semester menanti pula kan....

    salam kenal dan salam ukhwah dari mommylina

    ReplyDelete
  6. Akak sggah & follow....hehehhe teringat zaman2 study dlu... dok blok atas sekali... merana nak kna naik turun...

    ReplyDelete
  7. Yayy ! samee la kitee ..
    iolss pon praktikal jgk bln doblas nnt..
    Last semester :)
    Salam perkenalan ~

    ReplyDelete
  8. bilik tingkat 4?? huyooo... macam sis masa part 2 dulu. penat habaq hangggg... hehe

    ReplyDelete
  9. ohh yeahh. selamat ber LI taww!

    ReplyDelete
  10. kesiannya... dah lah banyak.. angkat sorang2 pulak..

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum .. Ksiannya.. Sbar ye ;) Akk poli mne eh ? hehe

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!