jam lama ku masih hidup juga ya

Thursday, 20 November 2014

Assalamualaikum
tajuk tak boleh blah punya. mohon jangan gelak. kali nie nak share cerita pasal jam aku la. aku ada satu jam je. jam tangan. jam aku sejak dulu kala. sekarang pun masih hidup lagi. aku beli jam tu masa form 3. masa tu aku dapat duit dari atok rm100 dan mak kepada boss aku pun bagi rm100. sebab aku lulus pmr dengan cemerlang la kononnya. hahaha~

alhamdulillah. dulu duit banyak, aku taktau la nak beli apa. sebab budak kecik lagi la katekooo. kecik apa dah form 3 kan. tapi masa tu memang aku taktau beli apa. duit memang aku sendiri pegang. aku bagitau la ngan mak, yang aku nak beli jam. so ronda la dalam mall. pergi kedai jam. kalau tak silap nama kedai tu tokyo time.

selepas membelek pelbagai jenis jam, rata rata jam kat sana harga ratusan ringgit. mahal mak aii. so cari punya cari dapat la jam paling murah dalam kedai. harga rm111 kalau tak silap. paling murah tu. aku nie bukan orang kayaaaa. rm111 tu dah kira mahal beb. korek hidong je la tengok harga jam camtu.

tapi promoter kata jam tu tahan. jenama B.U.M. lagipun memang aku tengah cari jam. aku pelik sikit, taknak jam jarum. nak jam digital. senang nak tengok dan baca kan. tak perlu kira2 jarum dah. buat penat mata ai jew. hahaha~ jam tu pun cantik gak. ada blink2 gitu, walaupun digital. tapi comey gak. warna putih lagi. my faveret dooo.

so setuju la beli. alhamdulillah. jam nie banyak berjasa dengan aku. dah dekat 4tahun lebih masih dapat guna. bateri dia belum pernah tukar. tak sia2 beli. tapi sekarang warna dia dah tak putih lagi. macam jam buruk dah aku tengok. hahahha.

rasanya ada tak kedai nya membersihkan jam? aku sayang jam nie. nak bersihkan dia kasi nampak fresh sikit. cian dia nampak comot dah. 😥


nie la jam kesayangan aku. kuning dah. tak putih lagi. nasib baek hidup lagi kan. aku suka jam nie sebab comel je. dan memang tahan la. banyak kali gak jatuh. dan permata dia tak pernah tercabut. masih perfect semua. cuma rupa la dah comot dan banyak calar balar. tapi asal boleh guna aku guna je. 😊

hargailah benda yang kita ada. cewahhh~

aku update dalam tepon je. tu la gambar takda watermark. hehe~

sekian, ilal liqa'

19 comments

  1. Lawa jam akak. Hahaha miza entah berapa kali tukar jam. kes ganas gila ahh pakai jam. Jam pula beli tak ada branded macam ni. Errr. K tapi actually kalau jam tu murah sekalipun kalau pandai jaga tak jadi masalah kan kak ? Nampak alasan lebeyy. -,-" fuffuuffuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama sangat dah jam tu. .memang jam murah kalau pandai jaga mesti tahan jugak kan. .:D so takperlu la beli jam branded kalau selalu rasa nak tukar2 jam. muahaha XD

      Delete
  2. sebut pasal jam , anis ni jenis kurang memakai jam , jadi ketepatan masa tu memang hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la pakai jam. .best. .sebab boleh buat kita jd punctual. .XD

      Delete
  3. tahan jam tu ehh . selagi barang kita tu blh pakai , pakai je . dah rosak betul bru buang . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu lieya. .slagi tak rosak jangan harap nak buang. . :)

      Delete
  4. jam mahal mestilah tahan lama.. bagi sis, over 50 tu dah kira mahal dahhh. suka sangat dengan jam. nanti nak ade koleksi sendiri ahh.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la kan. .kumpul la banyak2 jam. .seronok ada koleksi jam nie. . :D

      Delete
  5. Oklah tu masih berfungsi lagi, kadang2 jam yg baru pakai sebulan dua pun dah tak bernyawa,inilah dia alah membeli menang memakai namanya..was here :)

    ReplyDelete
  6. Salam 1st time singgah...

    Tak salah aku, mmg ada kedai yg ada service cuci jam...Disebabkan itu jenama BUM, apa kata cari butik BUM yg terdekat dan tanya...hehehe
    Harap membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam. thanks sudi singgah, ,:D

      nanti cari ya, ,thanks for da info. . :)

      Delete
  7. huishhh dah bertahan 4tahun? kira berbaloi tu beli dgn harga agak mahal tu (ana pun org tak kaya. RM111 tu mmg cukup mahal dah tu)

    tak pernah lg update blog guna fon. sbb blm ada rezeki pakai smartfon power sobss sobss

    ReplyDelete
  8. cantik.
    Nadia ada 1 jam. mak belikan masa spm sampai skrg masih function lagi. takpernah tukar bateri langusng!

    ReplyDelete
  9. kalau outing tak pakai jam memang rasa macam tak bermakna betul hdup.. huhu.. sentimental valueini jam..

    ReplyDelete
  10. jam klasik tu mestilah bertahan lama punya. Masih cantik lagi tu, pandai jaga ye :)

    ReplyDelete
  11. sentimental... dtg singgah

    http://www.ayoikema.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Kita serupa, suka jam digital.
    Kita serupa, tak suka tengok jam semata-mata nak kira jam berapa sekarang.
    Kita serupa, suka tengok jam straight pada nombor. ;)

    ReplyDelete
  13. kalo jam hrga ratus2 ni bsenya thn lama..
    kalo hrge rm10, arini pkai esk dh rosak.. ihiks..
    lawo jam!

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!