sindrom carpal tunnel

Tuesday, 17 June 2014

Assalamualaikum
bermula dari semalam, pergelangan tangan aku sakit. pastu bangun tido memang sakit gila. rasa nak nangis sorang2 je. untuk legakan rasa sakit tu, aku pun rendam tangan dalam air suam yang sedang2 panas. sebab nak redakan sakit tu, aku google la kenapa pergelangan tangan aku sakit. apa yang aku jumpa ialah. 


Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0316&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz34shhyyPm 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Senario berkenaan menurut Pakar Runding Pembedahan Ortopedik, Pembedahan Sukan dan Sendi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Yong Chee Kuen, dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel atau di Barat dikenali sebagai typist hand atau writers hand.

"Ada yang mengaitkannya dengan kerja-kerja menaip tetapi sindrom berkenaan juga disebabkan pesakit menggunakan mesin beratdalam tempoh masa yang berterusan dengan tangan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121118/kn_03/Atasi-Sindrom-CARPAL-TUNNEL#ixzz34sigOibd 

© Utusan Melayu (M) Bhd 


baca2. apa yang aku boldkan tu penting. maybe sebab aku banyak menaip. ergonomik pun tak betul.  tu puncanya. aku taktau lagi kenapa pergelangan aku sakit. belum jumpa doktor lagi. nie google je. aku rasa simpton2 dia dah. harap cuma sakit tangan yang biasa2 je kan. doakan aku ya. aku taknak kena bedahhhhh. waaaaa. sakit2 tangan pun nak menaip jugak. T^T

dan aku nak nasihatkan para blogger yang menaip 24 jam tu, pastikan postur tangan dan badan korang betol supaya tak rasa sakit macam aku. waaaa.  TT.TT yang pegang henpon tu pun mesti bawak tangan rehat2. 

moga apa yang aku rasa nie biasa2 ja noohh. bukan carpal tunnel syndrome nie haaa. doakan aku ya semua. INSHAALLAH.

ilal liqa'



5 comments

  1. salam BV :) lama akak tak singgah sini.. hehe

    dulu pun akak pernah sakit2 tangan camtu and Google sal CTS ni.. mula2 tu takut gak la sbb bahaya bila benda ni dah melarat T__T alhamdulillah tangan dah ok lepas tu

    ReplyDelete
  2. Salam. Akak pun pernah mengalami benda ni, dah mmg keje tiap2 hari ngadap pc. Tp x selalu...kdg2 bila kerja overload, macam tu lah.

    ReplyDelete
  3. jumpa doktor cepat!! biar lama2 takut bahaya...

    ReplyDelete
  4. carpal tunnel.. ya, cousin saya pun ada.. sampai kene bedah..

    ReplyDelete
  5. pernah jugak kena dulu, sakit sangat.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!