Assalamualaikum
hari nie jumaat kan? penghulu segala hari. pagi tadi aku ada kelas pertama kali untuk sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam. punyalah lawak sebelum masuk kelas, kami berkumpul la kat depan dewan kuliah utama, kononnya nak tunggu sampai lecturer sampai bukak pintu dewan kuliah tu. memang banyak la student situ, kelas gabung dan banyak jugak student yang ambik pendidikan moral berkumpul di tempat yang sama. asal tengok lecturer je, bebudak yang duduk tu mesti bangun. muahaha. macam lawak je aku tengok.
then, datang la lecturer perempuan nie, entah bagaimana, semua pelajar islam ikut lecturer tu masuk dalam sebuah bilik dekat2 situ jugak, aku dan kawan2 siap dah duduk ambik kerusi paling depan *supaya senang masuk ilmu*.. tup tup, hampir semua daripada kami dah cari spot baek punyer dan duduk. lecturer tu bersuara pulak macam nie
"eh, maaf, saya ajar pendidikan moral ea"
students semua jawab "LLLLLAAA" annoying sikit bunyi tu. ala, kenapa la tak bagitau awal2. hahaha~ keluar dari bilik terus je aku gelak. salah masuk kelas punya hal. maluuu. hahaa.
lepas hampir beberapa minit tercongak depan dewan sambil memerhatikan lecturer lalu lalang je. datang la lecturer kami yang real punya. dia suruh pergi JKA (jabatan kejuruteraan awam) sebab dewan kuliah utama ada masalah. so ramai2 la kami bergerak menuju ke JKA. entah mana punya orang la, dia menuju ke JPA (jabatan pengajian am). sekali lagi aku tergelak n terkeliru. lawak pulak hari nie. hee~
pastu time masuk kelas. kami semua memperkenalkan diri. last2 lecturer memperkenalkan diri. Encik Nirza asal Kedah. dulu dia lecturer politeknik kuching. so dia cerita sesikit pasal subjek nie.
dia banyak cerita kisah2 dan pasal ayat2 al-Quran. aku paling suka la cerita2 nie semua. selain dapat dengar cerita yang jarang kita dengar, dapat jugak ilmu dan manfaat. alhamdulillah. aku suka kelas nie. jadi ada la lecturer tu cerita.
sains ada dalam al-Quran,
so dia ada la cerita pasal ayat2 dalam al-Quran. dan paling aku tertarik cerita pasal unta.
Surah Al Ghaaasyiyah [ayat 17]
17. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa ketika Allah melukiskan ciri-ciri surga, kaum-kaum yang sesat merasa heran. Maka Allah menurunkan ayat ini (S.88:17) sebagai perintah untuk memikirkan keluhuran dan keajaiban ciptaan Allah.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Qotadah.)
bila dengar cerita tentang kelebihan unta nie. subhanallah, betapa hebatnya kekuasaan ALLAH. kalau korang nak tahu cerita pasal unta tu. korang google la eh. takpun tanya ustaz2 dan ustazah. :3 kalau aku cerita, mesti boleh buat karangan tiga pages punya. hahaa~
sampai sini saja cerita aku.
ilal liqa'
Post a Comment
drop a comment~
arigatouuu!