aku buat entry khas buat peringatan untuk kaum wanita dan diri aku sendiri. :)
kadang2 kita ambil mudah dalam soal aurat. aurat tetap aurat dan ia WAJIB ditutup.
dah settle semua soal aurat? dah tutup apa yang patut? meh nilai diri. tabarruj kah kita dalam menutup aurat?
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.
Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.
Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.
Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.
Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.
Allah Subhanahu wa Taala berfirman :“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]
“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…”
[TMQ Al-Nur (24) : 31]yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.
harap dapat dijadikan ilmu buat semua.. :)
ilal liqa
as salam , thanks for sharing :)
ReplyDeleteas salam , thanks for sharing :)
ReplyDeleteNice sharing :)
ReplyDeletenice share. so true. kalau tudung labuh cemana sekali pun kalau tujuan untuk mendapatkan perhatian sesiapa yg tidak perlu pun juga di kira tabarruj.
ReplyDeletethanks share^^
ReplyDeletethanks share :)
ReplyDeletetahniah. perkongsian yang amat bermanfaat.. ^^
ReplyDeletenice sharing.. kadang2 kita lupa.. tapi benda mcm ni takleh amik mudah.. kaki, lengan, kalo pakai tudung bawal wajib pakai inner neck kalo tak nampak rambut dll...
ReplyDeletebtw, tudung broked tu tudung apa? o.O
#soldier of ALLAH : u wlcme. . :)
ReplyDelete#aien shafinah : Thanks. . :)
ReplyDelete#Hafizah Alsa : yup. dan ramai yg tabarruj skrg. .hehe
ReplyDelete#Alia Erfani : u wlcme. . :)
ReplyDelete#aynna halim : u wlcme. . :)
#Alia Erfani : u wlcme. . :)
ReplyDelete#aynna halim : u wlcme. . :)
#ikhmal merah : Thanks ya. . :)
ReplyDelete#Haruno Hana : ya. .btl2. .tudung broked 2 xtau. haha. agaknya tudung yg plik mgkn. .hehe
ReplyDelete