Jiwa Lasak?

Thursday, 14 March 2013

Assalamuaalaikum.
dalam diri aku nie. ada satu jiwa yang tak pernah lupus dari diri. iaitu jiwa lasak. entah lasak ke tidak, brutal ke tidak. aku pun taktau istilah jiwa lasak sesuai tak ngan apa yang akan aku kupas sebentar lagi *siap berkupas kupas. skema punye ayat haha* kalau dilihat penampilan aku dari luar. orang takkan tau camne jiwa aku. tengok dari luar gadis ayu, pendiam, dan pemalu. tapi bila dah kenal dekat2. aku nie ganas. hahaha. ganas camne? jiwa lasak. *hahaha. again. perasan memanjang*

aku minat ngan moto besar. cam kawasaki. sejenis motosikal berkuasa tinggi. sedang sibuk sepupu aku cerita pasal impian dia nak kereta sport ferrari la, porshe la. aku nak motosikal kawasaki. tiba2 ada suara2 kecik comel kata. camna nak bawak kawasaki? sampai ke kaki tu? erkk.


pastu aku minat skateboarding. nie gara2 terpengaruh dengan skater2 yang aku selalu tengok kat taman. cam best je diaorang melambong lambong camtu. aku pun nak try gak. tapi takdak peluang. wahaha. :D selain tu aku minat gak aksi basikal bmx yang kecik molek tu. siap boleh pusing2 bagai. kalau aku buat agaknya hilanglah sumber keayuanku. hahaha :D


lagi satu, aku suka sangat ngan GRAFITI. yang part main spray2 tu bagus. hahaha.  :P aku memang minat seni grafiti nie. dahlah cantik awesome. warna warni lak tu. tapi sayang aku tak pandai nak buat camtu. belom test lagi sebab takut mak marah rumah kena spray. hahaha :D


rappers. aku minat gak ngan hip hop. part rappers la paling aku suka. tak hairan la kadang2 aku slalu nyanyi part rap sampai semput. haha. tapi tu dulu. wakaka. sekarang aku dah dapat rap walaupun pitching terbang melayang entah kemana. teringat dulu bila cikgu suruh membaca dalam kelas. aku baca laju. tetiba kawan gelak. alahai. memang minat rap aku nie. tapi tak minat pitbull atas dasar perangai cam player je. hahahaha :D

gitar elektrik. aku minat benda alah satu nie. peliks. aku minat gitar elektrik gara2 minat lagu zaman 90 an dulu. rock baybeh. :D aku pun minat drum. dan aku pernah teringin nak jadi drummer terhebat suatu masa dulu. haha. tapi aku tak pernah sentuh semua tu kecuali bila berada dalam kedai musik. cam orang gila dah aku. :D


banyak lagi sebenarnya. tapi tak larat aku nak senaraikan. bukan ada orang nak baca pun. hehe. apapun ingatlah jika kita minat sesuatu. jangan sampai melalaikan diri dan agama. jangan memalukan orang tua. :)


syukran jazilan sudi baca entri yang tak seberapa
di blog penuh simple nie.:)
ampun dan maaf dipinta jika ada menyakiti sesiapa.
BudakVanilla cuma hamba ALLAH yg xlari dari kesilapan.
salam sayang wat semua yg menyayangi.
~ilal liqa'~


© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla






Post a Comment

drop a comment~
arigatouuu!