
Assalamualaikum. .
terutama kepada kaum hawa dan tidak lupa juga kepada kaum adam. .
apa pendapat korang pasal perempuan masa sekarang?
perempuan nie senang dapat pahala senang jugak nak dapat dosa. .
macam saya sendiri la kan. .seorang perempuan yang tak lari dari dosa. .(cewahh. .hee)
hari tu. .entah la bila. .hehe. .
dekat Facebook saya ada terlihat status seorang hamba Allah nie. .
dia tak puas hati sangat pasal sesetengah perempuan yang bertudung kat fb situ haa. .
kenapa??? jangan fikir buruk dulu pasal hamba Allah nie. .dia cuma mahu menegur sesetengah penampilan perempuan bertudung di laman sosial tersebut. .
dia nie. .tak puas hati sebab sesetengah perempuan islam yang bertudung di luar. .tapi boleh tunjuk2 aurat diaorang di laman sosial tersebut. .korang rasa macam mana tu? faham ke tak tu?
ok. .macam nie. .ada kan sesetengah perempuan islam kat fb profile picture diaorang bertudung. .tapi bila tengok album diaorang ada jugak gambar yang tak bertudung. .boleh tak macam tu?
tak boleh la kan? berdosa macam tu. .ada orang cakap dosa pahala tu masing-masing tanggung sendiri la. .
sepatutnya kita tak boleh sangat fikir macam tu. .ada belajar pendidikan islam tak? pasal amar makruf dan nahi mungkar. .kita patut menegur orang yang melakukan kemungkaran depan mata kita. .pandai2 la tegur dengan baek. .jangan main sergah je. .silap haribulan orang yang ditegur pulak menegur orang yang menegur. .(faham tak ayat tu?? heee)
cegah la kemungkaran melalui perbuatan. .tak dapat perbuatan melalui perkataan. .tak dapat perkataan pulak. .melalui hati la. .(macam ustazah pulak. .heee)
BACA APA YANG TERTULIS PADA GAMBAR DIBAWAH NIE. .:)

dah baca?? gambar nie diambik dari Lukisan Dakwah Islam (page di FB). .saja nak share. .boleh jugak lawat blog yang tertera di gambar tersebut. .(mungkin orang kreatif yang buat gambar tu la. .comel2)
sekarang stail tudung/hijab macam2 la. .ada shawl, pashmina dam macam2 lagi. .stail hana tajima, yuna dan segala macam lagi. .INGAT. .jangan sampai hijab tersebut tak tutup apa yang sepatutnya ditutup. .nanti jadi hijab beraurat lak. .berdosa tu. .(sabar. .heee)
last but not least. .maafkan saya kalau tulisan dari hujung jari saya nie menyakitkan hati siapa2. .tiadalah niat saya macam tu. .cuma untuk beri sedikit pendapat saja. .bukan untuk mengungkit isu yang sensitif. .
syukran bagi sesiapa yang sudi baca entri nie sampai ke garisan penghabisan. .terima kasehh!! (sebutan style alleycat. .heee) memandai jeh. .sampai di sini saja kali nie. .
SYUKRAN JAZILAN
JAZAKALLAH :)
JAZAKALLAH :)
Assalamualaikum. .
hari nie atau kali nie nak cari cerita pasal kasut. .
apa pendapat korang pasal kasut??
bagi perempuan of course suka heel atau something stylish. .
tapi. .saya tak suka heel. .kenapa?? sebab takut tinggi. .gayat. .hahaha
(terlebih ketawa lak. .hee)
saya perempuan yang kurang pandai pakai heel. .kalau pakai heel jadi tak seimbang. .
kadang2 boleh jatuh tergolek macam buah nangka dah cukup masak. .hehe
bagi sesetengah orang mungkin sanggup sakit kaki semata-mata nak kelihatan cantik guna heel. .
but. .please. .not me. .saya lebih suka pakai kasut flat and whatsoever. .
gambar dibawah adalah kasut saya yang tersayang. .cantik kan? (gambar tu saya edit2 lebih2 ckit. .)
jangan jeles sudah. .heee
selepas itu pulak. .bagi lelaki mungkin senang la nak pakai kasut kan. .
ye la. .ada ke lelaki yang pakai heel??. .hahaha. .(terlebih gelak lagi. .hilang keayuan saya. .hee)
serius ya. .serius. .kebaikan guna heel bagi perempuan pada pendapat saya adalah. .
hanya untuk kelihatan cantik dan berani sebab tak takut tinggi dan tak takut akan kemungkinan diri akan jatuh tersembam di mana2 saja. .keburukan lak macam mana? ada belajar biology tak? text book biology form 5 ada cerita pasal tu. .tulang orang yang pakai heel akan jadi tak betul. .kenapa??? kerana, tulang kaki yang menampung berat badan semasa memakai heel tu jadi macam bantut, tak dapat berfungsi dengan sempurna. .kadang2 postur badan pun boleh jadi lain. .(macam doktor la pulak. .hee. .)
❤ kenapa saya suka guna kasut yang flat dan seangkatan dengannya??
alahai. .punya lah banyak kebaikan tu. .
1.boleh berdiri, berjalan dengan stabil sebab kurang force (fizik pulak masuk. .heee)
2.kalau ada anjing kejar, boleh berlari dengan pantasnya tanpa rasa risau akan terjatuh. .
3.cara berjalan bebas tanpa perlu kawalan yang rapi. .
4.boleh melompat melintasi longkang dengan jayanya. .
itu la buat masa nie. .banyak lagi kebaikan sebenarnya. .tapi saya tak mampu nak senaraikan panjang2. .penat nie taip2. .tapi memang tangan gatal gak nak taip2. .nasib kau la jari. .heeee. .
ok la. .sampai disini saja kali nie ya. .sudah cukup panjang untuk memeningkan kepala korang kan? hehe. .
maafkan saya andai ada kata2 atau bicara hati saya di sini mengganggu ruang ketenangan dalam diri sesiapa. .(amboii, puitisnye ayat saya nie. .hehe)
syukran buat siapa2 yang sudi singgah membaca. .:)
jazakallahukhair. .❤
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ
مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا
ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ
أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ
بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ
غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا
عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ
مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ
تُفْلِحُونَ (٣١)
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur : Ayat 31)
assalamualaikum. .peace upon to u. .
terus terang saya katakan di blog saya yang super warna warni dan simple tanpa blog template design dari mana-mana blog designer. .saya design blog sendiri dari kemudahan blog ini sendiri jugak. .lebih syok camtu. .haha. .simple and attractive. .(bagi diri saya sendiri la. .heee. .tak tau pendapat orang lain). .blog saya. .saya la yang arrange semua. .korang?? korang sendiri la kan. .(perasan jap. .syok sendiri. .hee) BLOG budakvanilla is
ignore the blinking text. .hehe. .(saya mula perasan ya. .sorry~)
sejak berkecimpung di sini. .(baru mula nie!!) tangan saya gatal untuk menjenguk blog orang lain. .kebanyakkan blog kaum hawa yang saya lawati. .comel2 blako yoo. .cantikkk. .bagi kaum adam lak, imej blog diaorang lebih simple tapi menarik. .tapi please. .don't judge a book by its cover!. .sesuai untuk blog lak. .don't judge a blog by its design. .(pandai2 buat quote sendiri. .hee) memang betoi hape??? nie peringatan untuk korang dan diri sendiri jugakkk. .(dengan semangatnye!) isi yang penting. .(ayat cikgu BM. .hehe). .follower masih sikit2 lagi buat masa sekarang. .kita akan terus berusaha!!
lastly, maaf andai ayat2 ditaip oleh ❤ Si Budak Vanilla ❤ menganggu perasaan atau feeling anda. .mohon ampun. .moga dirahmati ALLAH. .syukran buat yang sudi baca satu persatu ayat2 berserabut ini. .hehe. .jazakallahukhair. .:)
what do u think about people who wearing hijab or jilbab (in indonesian). It quite stylish right? somehow for nowadays many hijab that reveals aurat. In Islam itself aurat of muslim women should be cover follow the syariat. .(Ya Allah, oh my english, ignore my english, that just an intro. .)
i try so hard to write in english. .haha. .u know what i mean right? Hijab should cover woman's hairs, chest and so on. Wearing Hijab is not to look cute, vogue. gorgeous or something like that but it is to please almighty ALLAH SWT. We as women like to have a good appearance and wanna be look as a stylish women. .but as Muslim women we should know how to cover aurat in the best ways that follows the syariat in Islam. .Go GO Muslimah. .syukran. .❤❤❤❤
tak sengaja genggaman ku terbuka
lantas ku gapai bintang yang berjuta
bintang yang ku impikan menerangi
takkan ku biarkan berlalu pergi
andai benar kau menjadi milikku
mencintaimu menjadi sumpahku
namun jika hadirmu satu mimpi
aku rela tidur sepanjang hari
#ku tunggu mentari di hujung siang
takku sangka awan hitam menjelang
sumpahku jadi tak pasti
. .nya dalam mimpi
mimpi yang mati. .
genggaman tanganku terbuka sepi
menggapai dirimu satu ilusi
bintang yang ku gapai tak berpanjangan
hadirmu didunia hanya pinjaman
ulang #
vanilla view: Juz love dis song. .:)
Assalamualaikum. .
Haha. .dahsyat la bila terbaca blog orang yang tak suka orang tulis diary dalam blog. .tergelak sendiri lak. hahaha. .sabar je la kan (saya tak pernah lak camtu). .kadang diaorang tak sedar meluahkan perasaan kat blog tu boleh menyakiti sesetengah pihak. .sape la tak sakit kalau entri yang ada di blog tersebut sah-sah kena kat muka dia. cian gak bagi orang camtu. sedar la diri ckit cik kak cik abang segala ciknye. entri korang jangan ada yang sampai menyakiti hati orang lain dari segi agama, bangsa dan negara. (mengarut pulak) heee. . ❤ sayangi blog anda. .dan jangan sampai dicaci dibenci dan sebagainya di2 yang lain. .
hairan lak kan, ada jugak sesetengah orang sanggup mengada-adakan cerita semata-mata nak bagi blog diaorang terkenal. .dalam buat cerita tu hati-hati jugak la. .jangan marah. .nanti kena jual baru tau. .hahaha. .
saya sebagai muka baru di blog ingin meminta maaf seandainya salah dan silap tertulis di blog saya yang tak sebarapa menarik pada pandangan mata saya sendiri nie. .(menyampah lak ngan ayat sendiri. .heee~)
Syukran~ bagi yang sudi baca tapi malu2 nak komen. .haha ❤
(nampaknya gambar di atas tak sesuai dengan tulisan saya ya??? heee. .sengaja la tu. ,.buat jadi pelik ckit)
Haha. .dahsyat la bila terbaca blog orang yang tak suka orang tulis diary dalam blog. .tergelak sendiri lak. hahaha. .sabar je la kan (saya tak pernah lak camtu). .kadang diaorang tak sedar meluahkan perasaan kat blog tu boleh menyakiti sesetengah pihak. .sape la tak sakit kalau entri yang ada di blog tersebut sah-sah kena kat muka dia. cian gak bagi orang camtu. sedar la diri ckit cik kak cik abang segala ciknye. entri korang jangan ada yang sampai menyakiti hati orang lain dari segi agama, bangsa dan negara. (mengarut pulak) heee. . ❤ sayangi blog anda. .dan jangan sampai dicaci dibenci dan sebagainya di2 yang lain. .
hairan lak kan, ada jugak sesetengah orang sanggup mengada-adakan cerita semata-mata nak bagi blog diaorang terkenal. .dalam buat cerita tu hati-hati jugak la. .jangan marah. .nanti kena jual baru tau. .hahaha. .
saya sebagai muka baru di blog ingin meminta maaf seandainya salah dan silap tertulis di blog saya yang tak sebarapa menarik pada pandangan mata saya sendiri nie. .(menyampah lak ngan ayat sendiri. .heee~)
Syukran~ bagi yang sudi baca tapi malu2 nak komen. .haha ❤
(nampaknya gambar di atas tak sesuai dengan tulisan saya ya??? heee. .sengaja la tu. ,.buat jadi pelik ckit)
Tips belajar saat-saat akhir (last minit)
Bertenang dan jangan cemas
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekurang-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
Vanilla view: Saya ambil tips nie dari tempat tertentu jugak. Terima kasih sangat2 buat si penulis/pencetus idea nie. Memang ada banyak tips, tapi bagi saya tu la paling penting.. (sebab saya pun pelajar jugak..hee).. memang suka jugak belajar last minit nie. Tapi sepatutnya tak elok sangat belajar last minit. Banyak yang kita tak dapat catch up. Gudluck la untuk siapa2. Selalu2 jugak la berdoa kepada ALLAH untuk kejayaan kita. Tawakal penting. Jangan belajar last minit selalu tau J. Syukran~
Bertenang dan jangan cemas
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekurang-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
Vanilla view: Saya ambil tips nie dari tempat tertentu jugak. Terima kasih sangat2 buat si penulis/pencetus idea nie. Memang ada banyak tips, tapi bagi saya tu la paling penting.. (sebab saya pun pelajar jugak..hee).. memang suka jugak belajar last minit nie. Tapi sepatutnya tak elok sangat belajar last minit. Banyak yang kita tak dapat catch up. Gudluck la untuk siapa2. Selalu2 jugak la berdoa kepada ALLAH untuk kejayaan kita. Tawakal penting. Jangan belajar last minit selalu tau J. Syukran~
Assalamualaikum. .
duniaku tak perlu apa2. .cuma perlu makanan yang suci untuk jiwa. .
vanilla itu putih. .
putih itu suci. .
suci itu bersih. .
bersih itu dunia. .
dunia itu duniaku vanilla. .
Cara untuk TUTUP MALU apabila:
★TERJATUH: kalau la korang sedang
jalan-jalan, syok2 bergaya dengan ayunya, tiba2 lak ada terlanggar terpijak dan macam ter2
situ. Korang nak cover rasa malu la konon. Korang boleh buat2 pengsan (mesti ada brann!), takpun korang buat2 cari benda jatuh (tapi takkan
korang sendiri lak jatuh kan). Ade lagi, kalau tak nak buat cara ‘over’ tadi
tu. Kalau jatuh korang cepat2 la bangun balik dan terus jalan macam takde apa2 berlaku. Kalau orang gelak takyah peduli. Terus jalan je.
★TERSALAH ORANG: kalau korang
sedang jalan2 lagi, Nampak la sorang mamat atau awek nie macam korang kenal (memang sebijik
macam korang kenal). Pastu korang tegur lak dia tu. Pastu lak dia cakap dia tak kenal korang pun, korang memang
salah orang. Cara nak tutup malu lak pura2 cakap “eh, kau dah lupa aku ke?”, takpe camtu
la kawan”. Takpun cakap je la salah orang. (kalau korang laki dan yang korang tegur tu lak awek, mesti dia
perasan korang nak ngorat dia..tak ke haruu). Bagi orang yang
kena tegur orang yang salah orang lak (harap korang
faham ayat nie..hee), dah kena tegur tu, buat la macam
kenal dan cakap “bila kau nak
bayar hutang?” (mesti orang tu fikir korang
gila) pastu dia pun blah la.
★TERLANGGAR: kalau korang jalan kaki
(bukan guna motor/kereta)..tiba2 ada lak terlanggar
seseorang nie, cara nak tutup malu
adalah pura2 rabun. Kata la kat orang yang korang langgar secara tak sengaja tadi “maaf cik/encik, saya rabun..tak Nampak
sangat tadi”..kompon dia tak marah. Kalau dia marah2, tengok muka dia betol2
pastu mintak maaf dan cakap terima kasih. Pastu blah je la. (hormat menghormati budaya kita..heee)
Vanilla view: Saya pernah
praktikkan ada antara cara2 tersebut dalam kehidupan J. Tapi selalunya keyakinan tu yang penting. Kalau taknak buat cara2 tu pun takpe. Kita redha je. Yakin la
sangat J…. ◕✿.¸¸.•´✿ ♥~Syukran..
❤•*¨*•❤24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu ❤•*¨*•❤
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
1. -Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. -Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. -Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. -Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. -Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. -Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. -Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8. -Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. -Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10. -Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. -Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. -Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. -Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. -Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. -Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
16. -Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
17. -Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18. -Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
19. -Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu.
20. -Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21. -Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. -Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
23.-Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
24.-Orang yang mencintai kamu memahami dirimu.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
~♥✿.¸¸.•´✿◕ Bercinta menurut Islam ◕✿.¸¸.•´✿ ♥~
Dalam Al-Quran Surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita.
Perasaan Cinta sebenarnya adalah perasaan semula jadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ibu ayah, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri. Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan Rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatann yang bercanggah dengan nas Al-Quran.
Seseorang yang Bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibu bapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.
Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan Syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.
Rugilah kiranya bila seorang wanita melepaskan seorang lelaki yang baik akhlak dan agamanya, hanya untuk mengejar lelaki yang tampan wajahnya.
Rugilah apabila seorang lelaki melepaskan wanita yang baik akhlak dan agamanya hanya untuk mengejar wanita yang cantik wajahnya.
Tampan dan cantik, akan cepat pudar, dan apabila sudah tidak tampan dan tidak cantik lagi maka cinta pun musnah.
Namun memilih pasangan hidup kerana akhlak mulia dan agamanya, maka cintanya insyaAllah akan kekal sampai ke syurga Allah..
vanilla view: alhamdulillah.. alangkah bagusnya kalau dapat orang cmnie dalam hidup sebagai pasangan kita. .:) syukran~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons