assalamualaikum dan salam sejahtera, dari sungai ke laut, palestin akan bebas.
tempat paling susah cari parking free di sibu hahahhaha |
dimulakan cerita aku belek wallet untuk check card tahun 2021, pastu
baru perasan LESEN MEMANDU P aku dah tamat tempoh ya. tamat tempoh pada
tahun 2019! setahun lebih dah berlalu. memang langsung tak perasan sebab
kan tahun 2020 dalam PKP, jarang memandu kemana-mana hahahhaha alasan
semata padahal diri cuai tak check lesen memandu.
pergi JPJ,
tanya boleh tak renew lesen P yang dah tamat tempoh. JPJ kata boleh je
kalau belum setahun, TAPI sebab TEMPOH IHSAN aku dah lepas SETAHUN, aku
kena retake JPJ TEST. sebelum tu kena buat permohonan secara online,
baru tahu samada perlu buat fully test atau yang tertentu saja (LITAR
dan ON THE ROAD). aku buat permohonan secara online je, dan boleh semak
melalui online jugak >INFO<
hahhahahhaha
rasa macam kena tamparan realiti bila ingat. lepas dapat surat
permohonan lulus dari JPJ secara online, dah boleh print dan bawak pergi
ke SEKOLAH MEMANDU yang dipilih diri sendiri.
ada pilihan nak
ambik cikgu untuk refresh balik litar dan sebagainya. yup, aku ambik dan
bayar lebih untuk charge cikgu sekali sewa kereta, rasanya cikgu aku masa tu charge rm50/sejam, total rm150. so refresh la, dalam tiga kali je kelas lepas tu terus ujian JPJ litar dan on the road.
alhamdulillah, litar aku okay je sebab dah biasa memandu kan, kereta
manual, part bukit banyak student lain tepuk tangan lepas berjaya naik
bukit. hahahhahah siap ada tanya tips, tips aku senang je, handbreak
hanya lepas bila kau dah slowly tekan minyak. padahal dorang taktau aku
ni retake test je. lol
masa test on the road pulak, ada satu
mistake aku terbuat, tak berhenti sepenuhnya di simpang. padahal
berhenti di simpang adalah mandatori ya. sepatutnya kalau tak berhenti
memang gagal terus. sebab dah biasa drive kan, tengok kira kanan, slow
down, line clear terus jalan. rupanya tak boleh. mesti berhenti
sepenuhnya. tapi pegawai JPJ tu bagi lepas sebab beliau tahu aku dah
biasa bawak kereta. banyak jugak kena tegur, tangan di stereng. aku
jenis drive tangan satu je kat stereng, satu kat gear etc. beliau kata
tangan mesti dua-dua dekat stereng. hahahhahahha so, lepas settle semua,
beliau luluskan aku. alhamdulillah. so, dapat la lesen P balik. kena
pakai sticker P lagi dua tahun :D
my fav kopi segera. bila dah selalu drive jauh dah pandai minum kopi. lol walaupun tak berapa function sebab aku still mengantuk lol |
to conclude, aku memegang lesen P sejak 2017 walaupun 2019 expired, 2021
baru sedar dan retake JPJ test, aku baru bebas P tahun 2023 maksudnya,
aku pegang lesen P selama 5 tahun include setahun lesen expired wehhhh
hahahhahahah certified P R O driver. lol
tapi kali ni senang dah
sebab tarikh renew lesen ikut tarikh lahir. memang ingat la kan. kali ni
senang sebab dah bebas P, boleh update lesen secara online. zaman pulak
dah maju dan dah kurang penggunaan kad dan roadtax fizikal. semua dah
online kan.
first time naik feri bawak kereta, nervous banyak sebab mak aku gabra semacam hahahhaha tapi alhamdulillah lepas |
dah tu bila dah ada lesen jarang pulak polis/jpj nak check hahahhaha. baru sekali je ada jpj tahan sebab aku tak pakai seatbelt masa drive (terlupa sebab dekat), masa tu masih ada sticker P drive kereta kancil mana ada alert/alarm seatbelt, kena la nasihat by abang jpj supaya pasang seatbelt sentiasa. alhamdulillah aku dengar nasihat hahahhaha sekarang tak kira dekat atau jauh aku on seatbelt sepanjang masa memandu. to be honest, seatbelt alert tu annoying. LOL
dah renew lesen ke tu?
tepatilah undang-undang jalan raya dan jadilah pemandu yang berhemah!
ingatilah family yang tersayang tiap kali memandu!!
sekian,
see ya when i see ya lah
ilal liqa'
anak mak bapak dah besar weh |
syukur la dapat makan sedap lagi. enjoy selagi mampu ehek |
happy birthday to all MARCH BABIES!may ALLAH bless you and fill your life with happiness ❤
handsome la 'Prince aka Oujisama' hahahhaa gedik betul nama kereta |
merasa jugak ronda muzium sorang-sorang. merasa jugak acah jadi solo traveller sehari :D |
aku yang cuma nak hidup dengan tenang. yang sentiasa berdamai dengan takdir dan terpaling chill. |
assalamualaikum dan salam sejahtera~
aku kembali menaip dengan tajuk yang agak serius. adult la sangat kan. hahhahaha nak share sikit macam mana nak cari kerja secara online. banyak cerita pengalaman ni konon rasa berpengalaman sangat padahal takpun, cuma share sikit2 la apa aku tahu kan sebab zaman sekarang ni semua di hujung cari. senang dan mudah kalau dah ada kehendak tu. bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. gituhhh.
RAJIN KEMASKINI RESUME
ni sebenarnya penting, bila dah habis belajar atau habis internship rajinkan diri update resume setiap masa. kalau ada pengalaman bekerja berkaitan letak je la dalam resume. apa2 benda yang kita buat letak je asalkan resume penuh dengan ciri-ciri kau seorang yang memenuhi kriteria kerja yang diperlukan. hahhahah
DAFTAR JE LA MANA ONLINE JOB
masa memula cari kerja secara online. aku cuma bergantung kepada facebook (groups) dan jobstreet. pastu tetiba datang ilham nak mula serius cari kerja secara online. malas dah nak dengar rekomen melalui mulut saudara dan rakan. jadi aku daftar la banyak2 online platform tempat cari kerja. by the way, masa tu memang aku susah cari kerja apatah lagi aku nak kerja dekat dengan rumah. sibu sarawak is my hometown. agak susah nak cari kerja berkaitan dengan course aku iaitu IT (programming) kalau ada pun, dorang nak degree.
memula memang tak memilih, daftar maukerja, indeed, dan sarawakjobs. part time ke full time lantak, apply je memana asal dapat interview dan dekat dengan rumah. email sent aku masa tu penuh dengan email aku apply vacancy beserta resume dan CV. ada jugak beberapa email invitation untuk interview tapi ada certain aku tak pergi sebab jauh, so kena la reply email baik-baik dan nyatakan sebab tak dapat pergi interview kan. saja apply sebab nak tahu keberkesanan resume dan CV.
pengalaman cari kerja ~
2017 - customer service cum admin (facebook page) - aku contact dorang dan hantar resume melalui email. aku beberapa kali adjust hari interview sebab ada masalah sendiri penakut hahahhaha, lastly pergi jugak. masa interview ni malam2. rasanya aku ada tanya perlu pakaian formal ke, tak katanya so aku pergi interview dengan seluar jean dan stoking colorful, pergh ingat lagi lol. interview dia macam biasa, siap suruh baca surah hafazan lagi wahahhaha pastu bila dia tanya background family. aku menangis wehhhhhh yup menangis betul mengalir air mata tersedu sedan lololol sebab masa tu sedih lagi setahun lebih dah arwah bapak meninggal. sensitif bila orang soal hal family. hahahahhaha bila ingat balik lawak betul. akhirnya, aku takdapat pun kerja tu.
2017 - supervisor watson (maukerja) aku pergi la kat shopping mall tu siap pusing2 lalu watson dah bawak file resume/sijil etc tapi tak masuk weh tak masuk watson pun sebab anxiety hahahahhahah bongok betul perangai. dahtu aku drive balik terus. lol
2018 - kerani am (facebook groups) - aku contact dorang melalui email jugak. kemudian dapat whatsapp daripada pemiliknya, suruh datang interview dekat satu tempat. of course la sebelum turun interview, kena la google2 tempat tu dulu kan. memula memang musykil sebab tempat tu takda dalam maps. bila dah turun interview, wehhh interview kat satu rumah orang dan di kawasan perumahan. yang interview tu pekerja dia dan sorang kakak tu. interview biasa-biasa sahaja. tak nervous sangat sebab yang interview kakak perempuan friendly. tapi pelik sebab kat ruang tamu rumah kot interview. hahhahaha aku dapat kerja tu. tapi taklama la tahan sebab kerja pun kat rumah orang, takpasti buat apa macam company start-up gitu, gaji pun takpasti. rasa macam kerja main2 je.
2018 - IT executive cum drafter (sarawakjobs) apply melalui sarawakjobs. masa tu tengah kerja jadi kerani tu haaa. masa tengah kerja (field keluar dengan team sale), terima whatsapp daripada Managing Director company tu tanya pasal beberapa perkara pasal IT la kan, dalam bahasa inggeris. kemain reply umpama terer biasalah confident kena ada. fake it till you make it bak kata pepatah inggeris. then, dapat interview kerja suruh datang company dia, masa tu orang tengah cuti. masa interview boleh pulak aku guna fully bahasa inggeris perghh kemain rasa hebat benau walaupun ada part gagap hahhahah. cerita pasal diri aku takbanyak sangat yang banyak cerita masa tu boss tu la hahahhahah nak kerja kan so layankan je sembang dia, dekat sejam lebih baru habis interview. dia terus suruh aku datang kerja lepas habis cuti gawai masatu kalau tak silap. tiga tahun lebih jugak la aku bertahan kat kerja kat company tu. 2018 to 2021. aku kira tu la my first official job sebab berkaitan bidang yang aku belajar.
2021 - system support (myfuturejob) ni aku lupa sikit perjalanan macam mana. rasanya dapat link job daripada indeed atau jobstreet, pastu suruh daftar dan apply kat myfuturejob pulak. dapat email video interview daripada HR dan kemudian lepas habis first video interview dapat second video interview dedua melalui zoom. sebab masa pandemik kan, memudahkan betul video interview dalam bilik je takpayah pergi memana hahahha. first video interview nervous jugak tapi okay sikit sebab interviewer dia HR yang chill je then beberapa hari kemudia ada second video interview tu nervous banyak sebab orang penting yang interview banyak soalan jugak dan fully in bahasa inggeris. masa apply vacancy aku memang dah prepare untuk dicampak kat mana-mana bahagian sarawak sebab nak tukar suasana konon. so aku dapat attachment kat Mukah. aku rasa aku okay je masa interview. macam biasa confident tu kena ada walaupun bergegar tangan sebab nervous nasib baik zoom je kalau depan2 lagi gabra rasanya. yang penting jawab dengan jujur je semua benda. jangan malu tanya apa-apa soalan kalau korang ada soalan pasal kerja atau company. sekarang dah genap setahun dah aku kerja kat Mukah.
bila dah dapat offer letter, banyak betul benda kena buat. nak penyata kwsp dan socso la, siap buat medical check up dan blood test. cari rumah sewa pun satu hal, hal transport lagi. banyak benda kena fikir tapi alhamdulillah aku dapat buat semua sendiri dan dengan pertolongan saudara dan sahabat handai. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. ahh gittew. lepas setahun kontrak, ada lagi confirmation interview dengan orang atasan melalui zoom jugak, interview by CEO dan HOD di HQ. alhamdulillah sekarang dah jadi permanent staff.
luar daerah done, maybe next time luar sarawak pulak? eh ke nak manifesting kerja luar negara hahahaha
✌✌✌✌✌✌
1 DISEMBER 2023 - actually masa blogpost ni di publish dah genap 2 tahun kerja di Mukah hahahhaha. dah habis taip tahun lepas 2022, tapi baru publish. so a bit update, sepanjang aku kerja terutama tahun 2023, aku ada la attend beberapa interview. tapi lain kali la cerita.
cerita pasal resume, aku dulu ada je buat part time kerja kat kedai bunga, jadi pembantu doktor sementara dan cashier. tapi aku tak letak pun semua benda tu dalam resume sebab mostly part time tak sampai lebih 3 bulan. first apply job sebagai fresh graduate aku cuma letak pengalaman internship 6 bulan tu je la sebab kira official job. kekadang bila pergi interview je la bukak cerita pasal part time. aku rasa kalau lebih daripada 3 bulan boleh la letak kerja part time dalam resume. at least orang tahu kau memang jenis yang ada pengalaman kerja.
bagi aku, cari kerja dan hadap interview ni sangat la memenatkan jiwa. ada certain jenis orang yang okay that's good. bagi aku nak mudah kena asah social skills. cara bercakap dan cara pembawakan diri. so kepada sesiapa yang tengah mencari kerja, all the best for all of you 💓
macam biasa, kembali kita di blog ini. bila dah sedikit dewasa ni makin malas nak share pasal life. sebab dah lali dengan hidup yang semakin hari semakin membosankan. hahahhahah sebenarnya sebab takda bahan cerita dah. aku rasa bila dah makin dewasa makin berat nak bercerita. tapi blog ni memang tempat aku bercerita tentang life sebab in real life pun aku bukanlah jenis yang suka bercerita tentang hidup aku. entah la labu.
assalamualaikum dan salam sejahtera~
seperti tajuk utama post ni. aku nak cerita pasal birthday aku pada 03/03/2023 pada hari jumaat. cantik tarikh, patut banyak yang nikah pada tarikh tersebut. aku? nikah? kalau dah sampai waktu lah. kita taktau jodoh ke ajal sampai dulu. eh
bulan march ni penuh dengan kesibukkan di tempat kerja. stress aku sebab my boss cuti sakit dan aku bertanggungjawab handle tugas beliau sepanjang ketiadaan beliau yang sedang sakit. aku ni kira baru jugak la baru setahun kan, agak tertekan sebab tiba-tiba dah kena handle tugasan berikut. cun pulak pada bulan favorite aku, hahahhahaha tabahkan saja hati ni. tugas tak la berat sangat pun cuma aku ni jenis senang resah gelisah anxiety. tapi sebab dah tugas jalankan je la. gaji itu penting lol
pada hari jumaat berikut iaitu pada tanggal tarikh lahir aku 030302023, aku ada tugas diluar pejabat. tak berat pun tugasnya tapi tu la, kena ambil tahu hal di pejabat pulak. rasa nak belah badan bagi dua hahahhaha. dapat terima wish daripada rakan seperjuangan cewahh happy sikit. pastu belah petang lepas balik kerja. aku singgah bakery sebab nak beli kek untuk diri sendiri. orang lain tak beli, apa kisah kita boleh beli sendiri. kita dah besarkan wahahha. pergi la kat display kek, eh ada satu je bento cake yang tinggal cun pulak wording atas kek tersebut. beli terus. *kaching rm15*
balik rumah sewa, ambik gambar kek dan diri sendiri. habis cerita. begini la sambut birthday alone. tahun lepas pun sama jugak.
sedap jugak, rasa kopi. last birthday cake in the bakery. rezeki aku. |
hadiah untuk diri sendiri.
beli hadiah pun sendiri. kita ada hak nak bahagiakan diri sendiri dengan duit sendiri. hahahhaha
tapi kan, kekadang rasa diri aku ni susah gila nak mintak tolong orang lain sebab benda ni la. ada baik buruk jugak bila dah terasa serba independent ni. apapun jangan malu mintak tolong bila perlu okay! pesanan untuk diri aku sendiri.
birthday month memang bulan fav setiap orang kan? ke tidak?
see ya when i see ya lah
ilal liqa'
Social Icons