june 2018 | life update on june

Saturday, 14 July 2018

finally, life update untuk bulan jun. pada bulan jun, aku ada publish 3 blogpost dan okay la kan, atleast blog ini ada update almost every week. rasanya bulan jun aku agak meriah sebab bulan puasa dan hari raya kan. so lets get started!

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu.

ada beberapa life changing yang berlaku pada bulan jun. maybe aku dah ada mention dalam blogpost yang lepas2. tapi tu la, aku suka ulang benda yang sama tapi tidak gambar yang sama. eh. 

nak cerita pasal raya, aku dah banyak merepek kat blogpost bertajuk MY RAYA 2018

meh nak cerita pasal kerja sebab malas nak buat blogpost lain. wahhahahhaa

aku dah berhenti kerja yang aku mention dalam blogpost APRIL 2018 | monthly update, kerja tu sebenarnya as graphic designer, yang sebelum nie aku email mintak kerja untuk general clerk, tapi atas sebab resume aku ada mention adobe photoshop and illustrator, terus dorang nak bagi jawatan graphic designer. wehhh seriously masa dapat interview untuk kerja tu, aku happy gila2 sebab graphic designer tu cita2 aku sejak zaman sekolah rendah kot. bila hampir sebulan dalam company, terasa ada kepincangan disitu. i don't feel right. so, aku quit la secara baik, bagi surat berhenti bagai lagipun dalam tempoh percubaan 3 bulan. gaji? hmm T^T walaupun begitu, banyak jugak benda yang aku belajar dan software graphic yang aku dapat belajar (sendiri) seperti ps, ai dan sony vegas. semangat graphic design masih membara. so, kalau korang nak aku edit blog atau header, boleh contact kat instagram atau email :D

then, aku dapat interview untuk jadi geng IT. lol. memang bidang aku sangat la kan. TAPI, scope kerja tu actually bukan bidang aku which mostly pasal networking. cuma satu je yang berkaitan, website maintenance. hahahhahaa dan jugak ala2 tech support. kalau ada apa2 problem pasal pc staffs, dorang mintak aku repair/solve issues yang ada. alhamdulillah, berbekalkan uncle google dan follow the instruction skill (lol), aku dapat la solve beberapa problem (format pc, install os, driver dan solve some software problem). kalau tak tahu aku cakap je tak tahu dan cuba cari solution lain. staff lain okay sangat. alhamdulillah. dan jugak aku belajar software yang diluar bidang aku, iaitu autocad dan rhino (3D) mostly untuk drafting. aku sorang je la 'IT girl' dalam small company (<15 orang) walaupun ada few guys yang tahu basic IT they still hire me, so i really need to improve my IT skills. hahahhahhahhaa

masa bulan puasa bulan jun, entah berapa kali keluar cuci mata nak shopping, tapi cuma shopping baju raya je la. sebab setahun sekali je shopping sakan. sambil2 tu windows shopping cuci mata tengok lelaki handsome. lol hahahhahaa JK!

sehari sebelum raya, aku pun beli handphone baru. harga mampu milik konon promosi raya dalam RM499. so, apa lagi angkat satu. jenama oppo a71k. boleh tahan jugak la. gambar raya baru2 nie pun guna oppo dah. beraya dengan handphone baru. phewwww (tu pun nak cerita kerrr? of course. nama la life update #doneshowoff) paling aku suka, part video lawa dan sharp walaupun guna camera depan. 

tahun nie tak banyak baju raya, tapi banyak skincare macam nie. hahahhaa hampir seratus jugak untuk semua nie. shopping kat watson. siap buat kad watson lagi sebab aku dah selalu shopping kat watson. syukur tangan tak sempat capai makeup2 kan. skincare je banyak. sebenarnya, aku masuk watson nie nak beli satu lip matte omg silkygirl tu, tapi bila dah masuk, lain benda yang aku dapat. yang aku nak beli takdapat sebab stress pilih colour semua lawa2. ehhhhh hahahhahaha

pilih2 yang mana satu patut aku review? :D

taktau la berapa banyak takoyaki aku bedal dalam bulan jun sebab tiap kali pergi satu mall tu (yang banyak small vendors) untuk windows shopping, mesti terjebak beli takoyaki walaupun takoyaki mahal 3 bijik rm4.20. sedap weh takoyaki tu walaupun makan banyak kekadang muak. lol. siapa suka takoyaki, kita geng!

tak sah kalau tak ada gambar makanan kan.

tu je la june aku. winter anime 2018 kebanyakkannya dah selesai. yayyyyyy summer anime 2018 are now airing. aku super excited nak tengok anime apa lagi yang patut dilayan. lama dah tak layan kdrama. kshow yang aku layan sekarang cuma lah runningman sebab rasa takda masa nak layan. balik kerja penat dan tidur. weekends je la ada masa tengok semua nie. adulthood is kinda hard. wahhahaha.

BULAN JUN KORANG PULAK MACAM MANA?
best tak raya? hehehehhehee 

sekian,
ilal liqa'
see ya when i see yaaaaa

16 comments

  1. yang acne patch tu airah baru try miacare punya lepasni nak try nextcare pula la jangan lupa update review eh hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti review, masa kat watson hari tu, taktau nak pilih antara miacare dengan nexcare XD

      Delete
  2. Seronoknya dah kerja :) Review freeman please. Raya best je sebab masih beraya dengan family kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, nanti BV review. betul tu, raya memang best sebab beraya dengan family :3

      Delete
  3. Selamat Hari Raya BV! Walaupun dah habes raya tetap nak wish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak azwar :D
      takpeee, semangat masih ada kan XD

      Delete
  4. uu good luck in your work life! Nak beli freeman mask sebab banyak sangat good review tapi tak jual kat sini sob sob. cari online harga mahal giler lebih kurang skii lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck for you too rasya! :D kannn, memang best mask tu, harga pun kira murah bagi satu bekas yg boleh kira besar. seriously?? omg, kalau dah lebih kurang skii, dah memang mahal sangat dah tu T^T

      tunggu balik malaysia, boleh la borong nanti :3

      Delete
  5. selamat hari raya bv walaupun raya dah habis! hahaha. ingat fiqa lagi tak? :D

    anyway bestnya dah kerja. cepat je masa berlalu lama tak bw sini :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugaj fiqa!! ofcourse la ingattttt! lama tak nampak kat blog :D

      alhamdulillah, sokay, lepas nie makin aktif la berblogging :3

      Delete
  6. gosh craving maok takoyaki indah nktok bahhhh ><

    byk juak ktk beli dari watson ya kak hahaha. kmk mun masok sia siktauk maok beli apa,smua bnda ditangga tapi last2 sik juak beli apa2 -_- hahaha

    ktk dah sik pakei skincare yg ktk slalu beli kat althea ya kah kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha sorry, boleh la makan kelak k :D

      aokk, nang banyak. sik sangka juak sanggup beli semua tk. selalunya nahan hati jak bha, sik beli apa2 XD macam ktk juak kmk dolok, ada masanya datang mood berbeli banyak hahahhaa

      skincare dr althea banyak yg kmk dah habis pakei. :D

      Delete
  7. Hi BV! I can spot some Himalaya products! I love them so much!!! ♥ Followed you on GFC :)

    Hear from you soon!

    Love, Airish
    www.airishabella.com
    www.instagram.com/airishabella
    www.facebook.com/airishabellaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! yesss, Himalaya is now one of my fav skincare brand :D thanks a lot for following me :)

      Delete
  8. Good luck for your working life, BV :)

    ReplyDelete
  9. acne patch tu best.. elok sentiasa ada dalam simpanan coz kita tatau bila dia nak keluar hehe. bahaya Watson memang kadang2 terbelanja lebih.

    may Allah ease your way. samalah akak pun masih mencari2 rentak hidup. insyallah tak ada apa yang diaturkanNYA adalah sia2..

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!